Petua Mudah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semula Jadi



Petua Mudah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semula Jadi | Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah disebabkan sering terdedah kepada cahaya matahari . Selain itu , faktor usia juga menyumbang kepada pembentukan jeragat . Ini kerana , bila usia semakin meningkat , maka kulit wajah kita menjadi semakin nipis .


Petua Mudah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semula Jadi



Petua Mudah Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semula Jadi


Bila usia menginjak 30-an dan ke atas , wajah mudah berjeragat jika tidak mendapat penjagaan yang sebaiknya secara konsisten . Jeragat juga akan menjadikan kita kelihatan lebih berusia . Tetapi korang jangan bimbang , selain penggunakan peroduk kosmetik , korang juga boleh gunakan bahan semula jadi untuk menghilangkan jeragat yang mudah didapati antaranya seperti berikut .

1- Lemon Campur Baking Soda


Ambil satu sudu baking soda . Kemudian titiskan lemon diatasnya . Gaul sebati . Selepas itu sapukan pada tempat yang berjeragat . Biarkan 30 minit sebelum cuci muka dengan air sejuk . Nak hasil yang lebih baik , sapukan ke seluruh wajah .


2- Putih Telur


Ambil putih telur , sapukan pada wajah . Biarkan selama 30 minit supaya wajah anda menjadi lebih tegang . Puith telur bukan sekadar hilangkan jeragat malah boleh hilangkan kedutan diwajah jika anda lakukan setiap hari .

3- Kelapa Parut / Santan


Gosokkan kelapa parut / sapukan santan pekat ke wajah . Biarkan selama 30 minit . Kemudian cuci bersih . Kelapa parut / santan bukan sekadar hilangkan jeragat malah melembapkan kulit wajah anda juga .

4- Lidah Buaya / Aleo Vera


Belah lidah buaya , kemudian sapukan lendirnya pada wajah . Biarkan selama 30 minit . Aloe vera bukan sekadar hilangkan jeragat malah boleh juga menghilangkan kesan parut akibat jerawat . Kena amalkan setiap hari jika nak tengok kesannya .

5- Avokado


Kalau anda rasa isi avokado sangat masam , sapukan sahaja isi avokado yang lembut itu ke wajah anda . Wajahda bukan sekada bersih malah dapat tanggalkan jeragat yang ada jika anda buat selalu .

6- Cuka Epal


Titiskan sedikit cuka epal pada kapas , kemudian sapukan pada seluruh wajah . Cuka epal bukan sahaja berfungsi sebagai pencuci muka malah boleh membunuh kuman pada jerawat . Sebab itu cuka epal sangat berkesan menghilangkan jerawat .





3 comments:

  1. plg penting kena lindung kulit dr matahari..

    ReplyDelete
  2. 1,2,6 tu bolehlah rasanya..takde pokok aloe vera..huhu..

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.. hasil lmbat..tp selamat.. kna sabar..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...