8 Nostalgia Raya Yang Sekarang Mungkin Dah Tak Ada



8 Nostalgia Raya Yang Sekarang Mungkin Dah Tak Ada | Hari ini sudah masuk 17 Ramadhan bersamaan dengan Nuzul al-Quran . Ini bermakna , 3 hari lagi kita akan menemui 10 malam terkahir Ramadhan . Sebahagian negeri bercuti hari ini termasuk Selangor . Mungkin juga hari ini jalan TAR di KL itu penuh dengan manusia yang ambil kesempatan mencari persiapan raya . 


8 Nostalgia Raya Yang Sekarang Mungkin Dah Tak Ada

Zaman sis kecil dulu , bila masuk sahaja bulan ramadhan , my arwah bunda sudah mula mengumpulkan bahan untuk dibuat kerepek . Antaranya ubi kayu dan pisang . Selain itu my bunda juga akan mula membuat rempeyek dan kuih goyang bila masuk minggu ke 3 puasa .

Selain itu , tepung dan gula sudah mula dijemur untuk membuat bahulu . My arah bunda jemur di atas zink ( roof ) tau . Panjat guna tangga . Kalau jemur atas tanah atau pangkin , itu bermakna kami perlu bersedia berperang dengan ayam tau ... heh heh heh . Belum kira burung lagi ...

Kalau nak cerita 8 Nostalgia Raya Yang Sekarang Mungkin Dah Tak Ada ni , memang banyak kan . Nak imbau balik sangat pun , nanti jadi sedih pulak . Tapi sungguh , zaman itu memang sangat best suasananya berbanding sekarang sebab dulu di kampung sekarang di bandar . 

Sebab itu , hebat mana pun duduk di bandar , korang tetap akan tersentuh dan syok gila bila dapat balik kampung . Rasanya orang bandar yang tak ada kampung pun berat nak angkat kaki balik bandar . 

Sis rindu dengan bunyi kentong dari surau menandakan masuknya waktu berbuka dan waktu imsak ...



9 Sila komen:

  1. Pemukul tu yg memang kenangan sungguh buat akak QV. ..
    Bila arwah mak akak nak buat kuih bauhulu...
    Pagi selepas sahur dah mula memukul telur..
    Jenuh juga tapi seronok ;)

    ReplyDelete
  2. Walau pun saya duduk kampung tetapi suasana raya sudah berbeza. Nostalgia main meriam, pasang pelita, kacau dodol,kacau wajik, kacau dan bakar bahulu, bakar kuih bangkit,cari kayu api,panjat pokok kelapa utk ambil daun muda,anyam ketupat tak jadi2, kejar ayam, kejar itik,tukang hantar juadah, gantung gambar, kad raya dll.

    Anak2 cucu kita sekarang tak melalui itu semua.

    ReplyDelete
  3. singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/2016/06/jmbelog-blog-walking-2.html

    ReplyDelete
  4. Betullah nostalgia hariraya dulu sukar nak kita temui lagi sekarang.Rasanya kemerihan lebih dirasa waktu dulu

    ReplyDelete
  5. Nostalgia raya dulu2 lah paling best..semua tinggal kenangan.. zman ni raya dah moden..

    ReplyDelete
  6. Betullah Vee....sama le kita. Mana ada biskut Raya mcm sekarang ni kan. Kuih Sagun pun mak buat gak.

    Agaknya ada bunyi Kentong lagi ke sekarang ni ? Bukan waktu Imsak dan waktu buka jer kan, org meninggal dulu dulu pun nak bagi tahu pakai kentong ni

    ReplyDelete
  7. wah gambar nostalgia tu buat bahulu. huhuhu start pukul telur dengan gula sampai penuh sepasu.... huhuhu nostalgia sungguhlah

    ReplyDelete
  8. dulu tolong nenek dok kacau dalam ni..sekarang takde dah.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...