Cara Mudah Hilangkan Panau Guna Bahan Semulajadi


Cara Mudah Hilangkan Panau Guna Bahan Semulajadi | Panau merupakan bintik-bintik putih yang terdapat bukan saja pada wajah malah oleh juga pada seluruh badan . Kalau panau kat badan boleh je tutup dengan baju tapi kalau kat muka , sedih weyyyhhh . Lagilah nak raya ni kan ... ermmm

Cara Mudah Hilangkan Panau Guna Bahan Semulajadi



Panau


Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenisMalassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.


Cara Mudah Hilangkan Panau Guna Bahan Semulajadi


Korang yang ada panau pada muka , janganlah bersedih ya . Taulah kita nak sambut raya 2 minggu lagi . Apa kata korang cuba je salah satu petua hilangkan panau kat bawah ni .

1. Daun pinang



Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

2. Buah pinang




Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing




Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.


4. Daun kesum dan minyak tanah




Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

5. Daun gelenggang




Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu. 

6. Halia


- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.


7. Pucuk lada


Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.


8. Bawang putih dan halia


Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas


Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

10. Daun lengkuas


Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.



5 Sila komen:

  1. Paling mujarab guna daun gelenggang.
    Baca http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/pokok-gelenggang.html

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak petuanya ye Vee...
    Tp sekarang ni senang aje...beli jerlah ubat kat klinik hihi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...