Cara Mudah Selesaikan 3 Masalah Di Hari Raya



Cara Mudah Selesaikan 3 Masalah Di Hari Raya | Mesti ramai yang bising kat sis nanti ni sebab kita baru je seminggu berpuasa . Tapi kan lebih baik bersedia lebih awal untuk elak masalah timbul last minit . Atas sebab itu jugalah sis dan dua hari merayau-rayau cari persiapan pra raya tapi sudahnya tak membeli juga ... heh heh heh .

Cara Mudah Selesaikan 3 Masalah Di Hari Raya



Cara Mudah Selesaikan 3 Masalah Di Hari Raya



Apa masalah korang masa nak sambut hari raya ? Baju raya , kuih raya atau hidangan raya ? Selalunya masalah raya berkaitan dengan 3 perkara itu lah kan . Tapi korang jangan panik sebab ada cara untuk selesaikan 3 masalah di hari raya tu .

Di sebalik 3 masalah utama di hari raya tu , sebenarnya ada masalah yang paling besar . Masalah in selalunya boleh buat merajuk panjang , melayang pinggan mangkuk , menjeruk rasa dan boleh juga jadi penceraian sebelum menjelang raya . 

Ya , betul tekaan korang . Masalahnya adalah nak beraya di kampung siapa . Ada antara suami isteri yang dah tertib follow je sistem giliran . Ada pulak yang konker nak balik umah satu pihak je sebab dia rasa belah dia lebih meriah smbutan hari rayanya . Dalam kes ini , selalunya yang dah tak ada ibu bapa macam sis nilah yang kena mengalah .

Bila tak ada tolak ansur , anak-anak yang jadi mangsa. Dari bersemangat nak balik kampung jadi menangis dan menjeruk rasa lihat perangai mak bapak . Dah tua pun masih nak bergaduh kan . Apa pun , dah jadi suami isteri ni , kenalah banyak mengalah . Tapi sebelum tu , mestilah dah berbincang terlebih dulu kan supaya satu pihak lagi puas hati .




5 comments:

  1. sy pon masalah jgk walaupun kampung sebelah2 je dgn husband..hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya guna sistem giliran...so setiap tahun dah tau nak balik kampung mana dulu.....

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan & selamat berpuasa ..
    Sorry lambat singgah

    ReplyDelete
  4. Saya juga yang senang. Setiap tahun turn balik kampung di Batu Pahat. Ikut sayalah pulak nak balik ke tidak. Tapi raya kat KL ni rasa macam janggal pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...