Food Truck


Food Truck | Bila ada karnival / pesta / pameran di mana-mana , food truck tidak ketinggalan sekali join . Maklumlah , bila ramai orang , maka akan ramai juga yang kehausan dan kelaparan terutama jika kawasan yang dironda itu luas . Kanak-kanak adalah yang cepat sangat merengek nak air dan mengadu lapar .

Food Truck


Semasa sis pergi ke Royal Floria Putrajaya 2016 minggu lepas , seawal di khemah tiket lagi dah ada food truck . Food truck ini ( gambar di atas ) memberikan ais krim percuma kepada pengunjung dengan syarat mereka like terlebih dahulu facebook page mereka . Satu strategi yang berkesan untuk promosi dan dapatkan trafik like dan like cecah juta .


Bila dah masuk ke area pameran floria , di bahagian hujung berdekatan tasik , terdapat beberapa food truck yang menjual makanan dan minuman . Dalam banyak-banyak food truck itu , ada satu yang berlainan . Moh kita tengok apa dia .

Food Truck

Ya , bas Mini kengkawan . Kreatif pula mereka mengubahsuai bas mini menjadi food truck . Satu idea yang baik bagi sis . Satu masa dulu , bas mini adalah pengangkutan awam utama di Kuala Lumpur . Dengan bayar 50 sen korang dah boleh ikut bas pusing KL tau . Pastu pemandunya kalau bawa bas mini gila-gila ikut suka .

Selepas bas mini kena halau dari KL , khabarnya bas mini menjalankan operasinya di Klang . Sis tak taulah sekarang ada lagi ke idak .

Maaf ler kat akak dan husband tu dah ambil gambar dia masuk blog . Tu lah , sapa suruh lama sangat interframe ... heh heh heh . Masa ni sebenarnya ramai sangat orang . Jadi sis kena cepat snap bas mini tu sebelum orang lain berkerumun di situ .




4 comments:

  1. Lah tak perasan pulak ada yang lain dari yang lain. Tak singgah kat food truck pun sebab dah ralit tenguk bunga

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt tengok bermacam jenis bunga

    ReplyDelete
  3. sy sokong usaha sebegini... perbanyakkan food truck utk menggalakkan org ramai berniaga

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...