7 Tips Mudah Pikat Suami Paling Win


7 Tips Mudah Pikat Suami Paling Win | Kenapalah sis suka sangat kongsi dengan korang tips pikat pasangan ya ... ermmm ... walaupun sis masih bujang , bagi sis , memikat pasangan ni tak kira lah suami ke isteri ke kena selalu dilakukan walaupun dah bercicit . Sebab apa , sebab itu adalah keindahan dalam percintaan suami isteri dalam hubungan yang halal . 

7 Tips Mudah Pikat Suami Paling Win

Sis nak cerita banyak tapi sis ni masih bujang . Nanti ada lak yang kata sis memandai lak . Tapi ada 7 Tips Mudah Pikat Suami Paling Win ni yang korang boleh belajar dan jadikan panduan .

Bercerita pasal pikat suami ni , cuti raya lepas dapat perkhabaran dari isteri abang sepupu . Sis sebenarnya fikir panjang juga nak kongsi dengan korang kat sini . Sudah tentu nanti ada pro dan kontranya .

Kisah bermula bila isteri my abang sepupu ni bercerita tentang anak angkatnya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan limpahan kemewahan . Ditakdirkan Allah , si anak angkat ini diceraikan dan terpaksa menanggung anak seramai 4 orang . Maka si ibu angkat yang kasih padanya ni pun buatkanlah rumah batu yang tersergam indah di seberang jalan ( berhadapan rumahnya ) . Tak cukup dengan itu , diberi juga bantuan kewangan supaya si anak angkat itu dapat membesarkan anak dengan sempurna .

Seminggu sebelum puasa , isteri my abang sepupu tu mendapat perkhabaran bahawa suaminya telah bernikah dengan anak angkatnya itu . Maka luluhlah jiwanya . Dari seorang yang becok / peramah , dia menjadi seorang yang pendiam . 

Dulu masa mula berkahwin , mereka ini tiada apa-apa . Maka suami isteri ini bekerja berhempas pulas sehinggalah si suami berjaya dalam bidangnya dan si isteri menyusul pula selepas itu . Harta pun melimpah ruah sehingga my abang sepupu itu mendapat gelaran Datuk !

Bagi si suami , mungkin dia merasa satu tanggungjawab baginya untuk melindungi ibu tunggal dari berlaku maksiat dan umpat keji masyarakat . Kahwini ibu tunggal dengan tujuan untuk melindungi itu sunnah Rasulullah . Kita memang tak boleh nafikan . 

Bagi si anak angkat pula , mungkin dia rasa dah terhutang budi . DIa mungkin juga rasa serba salah untuk menerima atau nak menolak lamaran bapa angkatnya kerana budi ibu angkatnya . 

Bagi seorang isteri , sudah tentu dia merasa dikhianati oleh orang-orang yang dia sayang dan percaya . Walaupun dia tak meroyan pada kami , tapi luahannya itu buat kami speechless . Maklumlah , rumah madu depan mata dan merupakan anak angkat yang dibesarkan seperti anaknya sendiri malah lebih muda dari anak-anaknya . Jadinya , pertemuan kami di hari family day keluarga arwah bonda itu jadi sesi luah perasaan dan nasihat serta kata semangat .

Apa yang sis boleh simpulkan , ujian Allah itu datang tak kira siapa , masa dan usia malah dalam pelbagai bentuk . Bila sesuatu perkara itu memang dah tak boleh elak , redha je lah . Kita manusia ni hanya merancang tapi ketentuan itu pada Allah jua . Tiada seorang manusia pun yang tahu perjalanan hidup mereka sebenarnya bagaimana kerana yang dihadapan itu adalah urusan Allah dan Allah adalah sebaik-baik perancang . Walaupun ujian itu sangat menyakitkan , percayalah , hikmah itu tetap ada . 


Tapi , jangan mintak ya , nanti Allah bagi . Sebab itu kita kena jaga mulut kita bila berkata-kata walaupun kita anggap itu sebagai gurauan dan jangan mengata orang nanti kita dapat cash pula ...


10 comments:

  1. Hidup zaman sekarang, memang banyak perkara yang sukar untuk dijangkakan. Semoga saudara sis Vee itu sentiasa diberi kekuatan.

    ReplyDelete
  2. alahai tentu sedih bila jadi begitukan, semoga semuanya tabah menghadapi ujian dr Allah

    ReplyDelete
  3. allah...sedihnya cite ni
    memang perlukan kekuatan jiwa nak hadapi benda gini
    rasa dikhiati pasti cukup tebal.
    apa yang saya boleh cakap, moga dia tabah.

    ReplyDelete
  4. sedih ceritanya bagi yg alami luka hatinya xsiapa tahu...takdir hidup kita xsiapa tahu

    ReplyDelete
  5. Kuat sungguh isteri pertama yang mempunyai madu.. Betul sis
    . Setiap manusia ada pelbagai cabaran dan dugaan..

    Btw sis.. Reen singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog dan Selamat Hari Raya..!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...