Resepi Kek Coklat Kukus Sedap Sukatan Cawan


Resepi Kek Coklat Sedap Sukatan Cawan | Sis memang pecinta kek coklat terutama brownies . Bila tengok kat program unique sweet channel 727 Astro Food Network , yang tunjuk pelbagai jenis brownies / kek coklat dan cara-cara membuatnya yang mudah , terus je mhu melilih air liur ni ... meh meh meh .

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap Sukatan Cawan



Resepi Kek Coklat Kukus Sedap Sukatan Cawan


Tak perlu lah membebel panjang  Kot-kot ada yang nak buat kek hari raya ni kan . Dah katanya ada tetamu nak datang , Jom le kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya ya .


Bahan-bahan buat kek coklat:

  • 1 cawan serbuk koko
  •  1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur


Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas


Cara buat kek coklat kukus:


1- Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana. Bila dah sebati, sejukkan.

2- Lepas tu pukul telur sampai kembang.

3- Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.

4- Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.

5- Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutp dengan beg plastik/kertas foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6- Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.

7- Angkat dan sejukkan. Kek coklat kukus siap dihidangkan.


Cara buat topping kek coklat kukus:


1- Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
3- Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
4- Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
5- Biarkan 15 - 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
6- Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
7- Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
8- Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
9- Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...