Punjungan Yang Wajib Sebelum Raya


Punjungan Yang Wajib Sebelum Raya | Dulu , masa arwah mak dan abah masih ada , kami akan pulang awal iaitu 2 hari sebelum menjelang raya . Sebabnya , kami perlu memasak banyak untuk punjungan . Punjungan ni maknanya , memberikan sedikit ketupat bersama rendang / lauk pauk lainnya juga kuih muih kepada jiran tetangga , saudara mara , besan dan ipar duai . Ini adat orang Jawa .

Punjungan Yang Wajib Sebelum Raya


Kalau zaman dulu , punjungan ni guna mangkuk tepen / mangkuk tingkat . Tapi mangkuk tingkat hanya untuk punjungan kepada mertua sahaja . Kalau semua punjungan nak guna mangkuk tingkat , penuhlah store dengan mangkuk tingkat kan . Jadinya , kami guna ke plastik untuk bungkus keptupat dan makanan lain untuk punjungan jiran tetangga , saudara mara dan ipar duai . Jimat beybeh !


Punjungan kat atas tu untuk adik beradik bila berkumpul nanti . Mereka pun bawa juga . Mesti ada yang kata , banyaknya ! Haruslah banyak kalau adik beradik pun bawa cucu sekali kan . nak dan menantu dah tentu berderet . 

Untuk lauk pauk dari jenis yan sama , campurkan jadi satu je bila panaskan . Selalunya , hari ketiga , memasing dah tak sudi nak memandang ketupat dan rendang lagi . Masa tu kami akan buat soto atau laksa sahaja . Dan ada juga yang dah cari sayur bening !

Kerana sebab di atas tu lah , berat badan lepas cuti raya jadi bertambah ... heh heh heh . Moh ler kita bayar hutang puasa dan puasa enam lepas naik cuti ni ya . Ala , open house kan buat hujung minggu ... ahaks .




2 comments:

  1. punjungan sebagai salah satumoment silaturahmi tentu perlu di lestarikan

    selamat hari raya, mohon maaf lahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Kalau gi rmh adik beradik, bawa jg makanan, mostly kuih raya je..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...