Perkara Yang Korang Wajib Buat Bila Nak Raya



Perkara Yang Korang Wajib Buat Bila Nak Raya | Sekarang ini hampir menjejak pukul 1 tengahari . Bagi sis di sini , kami sedang berhempas pulas menyediakan juadah raya untuk diagih-agihkan kepada jiran tetangga dan adik beradik . Masing-masing ada tugasan . Tapi kan , kenapa bila lelaki mengemas , mulut dia mesti nak membebel ? ... hahahaa

Perkara Yang Korang Wajib Buat Bila Nak Raya


Bila nak menjelang raya ni , memang banyak Perkara Yang Korang Wajib Buat Bila Nak Raya apatah lagi bila sudah berkumpul bersama keluarga kan . Bila kena buat perkara yang paling akhir tu , mesti dalam hati korang dok kata ; " bila lah nak masuk maghrib ni ... " hahahaaaa . 


Perkara Yang Korang Wajib Buat Bila Nak Raya

Rendang ayam ni in progress . Ada lagi satu bekas dalam periuk tekanan . Nasib baik nasi himpit udah masak . Sayur lodeh dan tumaisan lain belum buat lagi sebab dapur tak ada yang free . Perghhh  , kesat peluh . Harap semua juadah sempat siap sebelum menjelang 6 petang untuk diagih-agihkan .

Tong gas yang penuh dah ready awal-awal . Sebab kalau gas tetiba habis , kena makan luar le sapai 2 hari raya nanti ... meh meh meh .


Kepada yang masih ada masa menjenguk rumah sis ni , sis ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA . MOHON MAAF ZIR DAN BATIN . Maklumlah adakalanya tulisan sis ni ikut sesedap rasa je ... heeeeee .



3 comments:

  1. sis vee..kad raya dah sampai tau. Terima kasih banyak-banyak

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya..maaf zahir & batin...banyaknya masak..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan batin.

    Membebelll... ye ke?

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...