Resepi Mudah Ayam Perap Sos BBQ


Resepi Mudah Ayam Perap Sos BBQ | Hari raya memang sinonim dengan rumah terbuka . Tradisi rumah terbuka ni banyak berlaku di bandar . Maklumlah , orang bandar kan sibuk kerja . Jadinya mereka akan ambil satu hari untuk menjemput semua kenalan dan saudara mara sempena hari raya . Yang rasa bajet masih banyak , pesan je hidangan apa yang patut . Yang bajet dah habis untuk persediaan raya , kenalah masak sendiri kan . 


Resepi Mudah Ayam Perap Sos BBQ



Resepi Mudah Ayam Perap Sos BBQ


Untuk membantu korang yang nak buat open house , kat sini sis kongsikan Resepi Mudah Ayam Perap Sos BBQ . Mungkin korang boleh buat hidangan ayam sos BBQ ni untuk rumah terbuka nanti . Jom tengok di bawah bahan dan cara membuatnya .

Bahan-Bahan:


1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ 
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis 
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah @ lada hitam 
garam secukup rasa


Cara Cara Dia :-



1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.


Tambahan:



Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.


Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, untuk digunakan di masa akan datang. Ayam sos BBQ lebih sedap diperap lebih lama.


Mula-mula perap sekurang-kurangnya 3 jam dalam suhu bilik, lepas tu masukkan dalam peti sejuk.
Pada hari yang nak masak nanti, baru keluarkan dan biarkan ais cair dulu.






5 comments:

  1. Kenapa bila sebut resepi... Mesti ada "mula-mula"... He he he

    ReplyDelete
  2. perghh..sedapnya..ayam/kambing/daging bakar mmg all time favourite..

    ReplyDelete
  3. tetiba terbau ayam goreng laa pulak hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...