Resepi Mudah Kek Kukus Masam Manis Sukatan Cawan


Resepi Mudah Kek Kukus Masam Manis Sukatan Cawan | Dah lama tak buat kek masam manis . Dulu masa kek masam manis ni popular dan meletop , rasanya pun sedap , hampir setiap raya buat dan hampir setiap raya juga membelek semula resepinya ... heh heh heh .


Resepi Mudah Kek Kukus Masam Manis Sukatan Cawan


Resepi Mudah Kek Kukus Masam Manis Sukatan Cawan


Jadi , nak menghafal semula resepi kek masam manis ni , sis kongsikan di sini resepinya dengan korang supaya korang juga boleh tahu macam mana nak buat . Boleh jadi hidangan rumah terbuka nanti .

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega ( 1 buku )
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp baking powder
  • Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna - ikut suka

Cara-cara:


1) Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.

2) Mentega dan gula diputar sehingga kembang.

3) Kemudian masukkan telur dan putar lagi .

4) Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.

5) Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.

6) Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).

7) Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.


Resepi Mudah Kek Kukus Masam Manis Sukatan Cawan

Haw flakes are Chinese sweets made from the berries of the Hawthorn fruit. The dark pink candy is formed into discs one millimeter thick, packaged in rolls of seventeen discs, and sold


Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.

Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.





3 Sila komen:

  1. Dulu-dulu punya cerita memang suka sangat makan kek kukus masam manis ni. Sekarang punya cerita memang lama dah tak makan kek ni ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...