Resepi Mudah Agar-agar Milo Sukatan Cawan


Resepi Mudah Agar-agar Milo Sukatan Cawan | Sis sebenarnya tak pernah cuba buat agar-agar . Selalunya sis buat dadih guna dalam paket segera je . Ikut sukatan yang diberi , memang menjadi . Tapi kalau nak buat agar-agar guna agar-agar tali , memang tak pernah . Bimbang terkeras dan terlembek pula . Tapi makan , memang lajulah ... heh heh heh .


Resepi Mudah Agar-agar Milo Sukatan Cawan


Resepi Mudah Agar-agar Milo Sukatan Cawan


Resepi agar-agar milo ni boleh dijadikan resepi asas untuk buat agar-agar perasa lain . Boleh juga campur buah-buahan tapi bukan untuk agar-agar milo ni ya . Kang nanti rasanya jadi ke laut . Tapi tak salah kalau nak cuba . Manalah tahu rasanya boleh lalu kat tekak korang kan .

Bahan-Bahannya:


1 liter air
1 paket agar-agar
1/2 tin susu pekat
7 sudu besar serbuk milo
1 cawan air panas
- Gula secukup rasa


Cara Membuatnya:


1- Campurkan milo dan susu bersama air panas,kacau sebati dan asingkan,ketepikan dahulu.

2- Mula2 rebus agar2 bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak.

3- Kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi kedalam agar2 dan kacau sebati.

4- Boleh menambah gula kedalam agar2 mengikut sukatan manis yang anda inginkan.

5- Kacau rata sehingga mendidih,apabila agar2 sudah siap kecilkamd api.

6- Setelah agar2 betul2 masak,tutup api dan masukkan kedalam bekas atau acuan agar2 dan biarkan dalam 30minit.

7- Kemudian barulah bekukan didalam peti sejuk, apabila benar2 beku bolehlah dihidangkan.


3 Sila komen:

  1. Alahai, sedapnya agar-agar milo ni. Saya memang suka tapi yang ni belum pernah buatlah. Biasa buat agar-agar milo yang biasa tu aje.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...