Risiko Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa


Risiko Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa | Suri rumah selalunya adalah pilihan terakhir bagi para isteri yang bekerja walaupun menurut Islam , sebaik-baik wanita adalah mereka yang duduk di rumah . Kenyataannya , sara hidup yang semakin meningkat memaksa para isteri keluar bekerja untuk membantu suami menampung perbelanjaan keluarga dalam usaha membesarkan anak-anak dan memberikan pendidikan yang sempurna . Kalau dok umah ni , nak minta tukar handfone yang rosak tu pun kita mintak berkali-kali kat suami kan ... heh heh heh .


Risiko Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa




Risiko Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Bila korang dok umah , jadi suri rumah sepenuh masa , ada juga kelebihannya . Antaranya , korang tak perlu keluar belanja upah bibik untuk untuk urus anak-anak dan rumahtangga dan tak perlu juga hantar anak pada pengasuh / taska . Selain itu , korang tak perlu bayar bas untuk ambil dan hantar anak korang ke sekolah sebab korang boleh buat sendiri . Disitu , perbelanjaan dah dapat korang jimatkan dengan banyak sekali terutama kalau anak korang lebih dari 2 orang . 

Di samping tu , korang boleh juga buat / cari pendapatan sampingan . Korang boleh je jual kek , pastri , kuih muih , ambil tempahan jahitan , mengait dan kalau nak lagi mudah , dok depan komputer , buat je perkara-perkara yang boleh datangkan RM .

Pun begitu , ada juga risikonya . Bila jadi suri rumah dan bekerja sendiri ni , korang tak boleh beli rumah dan kereta baru sebab tak ada slip gaji , kad kredit lak , harapkan suami bagi je lah kan . Pinjaman bank , lagilah susah nak dapat atau memang tak dapat . Maklumlah , orang bank tengok slip gaji je . Selain itu , kalau suami ada masalah kewangan , tak dapat bayar kereta , rumah dan sebagainya , selalunya isteri suri rumah ni jarang dapat membantu . Dalam banyak hal , suami kena usaha untuk selesaikan sendiri juga . Tapi kan , nafkah memang suami yang wajib cari ... meh meh meh .

Jadinya , kalau korang berhasrat nak jadi suri rumah , cuba korang buat KUIZ ni dulu untuk ketahui sama ada korang betul-betul bersedia ke tidak untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa . Lepas tu barulah korang buat keputusan agar tak menyesal ya .





6 comments:

  1. Fully housewife....tapi lepas ni kena keja plak...hihi

    ReplyDelete
  2. PILIHAN MASING2LAH TU ADA BAIK N BURUKNYA PERLU TIMBANG KEPUTUSAN SEHALUSNYA.

    ReplyDelete
  3. ada pro & cons jd suri rumah sepenuh masa...

    ada jg yg boleh kumpul duit dgn menjahit, dapat beli kereta, cash je..

    ReplyDelete
  4. sy nk sgt jadi suri rumah ni tapi..... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Impian ni nak jadi surirumahtangga sepenuh masa tapi macam susah aje nak tercapai. Tak betah duduk rumah pun satu hal. Tak biasa tak pegang duit pun satu hal juga!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...