8 Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat


8 Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat | Korang sedang batuk ke sekarang ? Sis ni kadang kala batuk walaupun tak ada rasa gatal tekak terutama ketika sis tidur . Harap bukanlah ada masalah kesihatan dalaman . Lagi pun batuk tu sekejap je . Tinggikan / tambah bantal kat kepala , ok lah .


8 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat




8 Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat


Kat sini sis kongsikan cara mudah hilangkan batuk tanpa guna ubat . Maklumlah , ubat batuk tu ada dadahnya . Buktinya , lepas minum , korang akan mengantuk . Kalau yang guna bahan semulajadi tu , selamatlah sikit . 


1- Mandi Air Panas 


Dengan mandi air panas , anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang .

2- Teh Dan Madu


Meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk . Apabila anda menmbah madu sebagai ganti kepada gula , ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan .

3- Kunyit


Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering . Jadi , masak lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan sesuai yang boleh di makan panas .

4- Air


Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda . Oleh itu , meminum air yang cukup setiap hari dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin di dalam badan melalui air kencing .


5- Sup Ayam


Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk ? Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk .


6- Coklat


Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus . Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda . Amalkan minum coklat panas ketika batuk .


7- Menthol


Minyak sapu yang memiliki menthol seperti vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk .


8- Tambah Bantal Apabila Tidur


Atasi masalah sukar tidur ketika batuk dengan menambah bilangan bantal supaya kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan untuk membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur pernafasan .



Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk apabila berada di sesuatu kawasan , maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan . Walau apa pun jenis ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil , pada masa yang sama persekitaran anda kotor , anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala .



7 comments:

  1. saya jarang minum ubat batuk kecuali kalau dah tak tahan..selalunya minum banyak air suam..+ vit C...

    ReplyDelete
  2. ky kalau batuk minum airyg boleh/lalu di miumum panas2..sekejap batuk boleh hilang..

    ReplyDelete
  3. Nini kena batuk masa peknen...da la x leh mkn ubat batuk...sampai termuntah muntah batuk punya pasal...hihi

    ReplyDelete
  4. Saya ni kerap kena batuk lately. Dah baik, kena balik. Kalau dah kena tu, memang makan masa nak baik. Tapi itulah, batuk yang jenis kering, bukan berkahak berserta selsema bagai tu.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...