Ku Sangka Manis Rupanya Masin


Ku Sangka Manis Rupanya Masin | Korang Kalau sambut raya haji Ada buat biskut Dan kek tak ? Kalau sis selalunya buat lah sebab raya juga kan . Cuma biskut tu tak le semeriah raya haji . Dapat buat sejenis biskut pun dah ok kan . Itu pun dah warning Kat anak buah , esok baru boleh makan . Kalau tidak , habis bakar terus licin mereka ngap ... Heh heh heh ...


Pada malam raya korban , Maka bermulalah projek buat biskut secara berjemaah . Sis buat biskut minyak sapi je . Sebenarnya sis nak buat biskut ni masa raya puasa Tapi Dah tak sempat .

Biskut minyak sapi ni bahan asasnya adalah minyak sapi , tepung jagung Dan susu pekat Manis . ITU resepi sis lah . Bagi sis , Kalau letak tepung gandum , biskut jadi keras sikit , tak best le . korang masukkan je tepung jagung tu sampai adunan tak melekat di tangan .

Nak dijadikan cerita , my anak buah ni klu buat biskut mesti nak letak hiasan . Jadinya , letak lah coklat cip . Si ainul lak Bila nampak coklat cip , menjerit-jerit mintak . Jadinya , cip coklat yang Dah sedia sikit tu terus ler habis dimakannya .

Dalam dok fikir nak letak apa , my anak buah lak ternampak gula pasir yang diwarnakan biru dalam bekas taperware . Jadinya , ambil saja Dan tabur atas biskut .

Bila my anak buah memasing Dah melepak layan astro , maka mak usunya lah yang kena selesaikan biskut tu .

Gula berwarna biru sudah habis , sis nampak pula yang berwarna merah dalam Tupperware . Maka sis pun ambil Dan tabur di atas biskut dengan jayanya sehinngga selesai .

Esoknya , raya haji . Maka kami pun makan sambil layan astro dengan santainya . Tetiba my kakak rasa pelik . Kenapa selepas ainul jilat atas biskut tu , lepas tu dia letak semula . Bukan seketul tapi banyak ketul . Maka my kakak pun ambil Dan makan .

" patutlah ainul tak nak makan , garam ni bukan gula ! "

" mak usu , yang warna merah tu garam lah mak usu . "

" mana mak usu tahu . Dah ko yang buat . mak usu ingat gula . "

" mama makan sedap je . Ada Masin Dan Manis . "

" Ko tengok Kat unique sweet tu , selambe je mereka tabur garam atas brownies , donat . selamba je dorang makan . Siap kata sedap lagi . "

Walaupun topping Masin , habis juga mereka makan pada petang tu . 3 jenis biskut di atas tu sama je cuma hiasan je yang lain ... Meh meh meh



2 Sila komen:

  1. boleh pula letak balik lepas dah jilat.. haiipp nakal ainul ni.. haha..

    ReplyDelete
  2. hehe..kelakar juga ni..teringat masa masak kat umah in law..ingatkan garam..tp rupanya gula..mati2 ingat garam halus..tp sebenarnya ibugula yg jenis serbuk tu..habis manis masak lemak..huhu
    tapi salute lah sis.rajin wat biskut..irda memang taklah..huhu..walaupub biskut sama devoration berbeza tp srrius nampak menarik sgt..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...