Kelebihan Mengurut Tapak Kaki

Kelebihan Mengurut Tapak Kaki |Baru-baru INI tapak kaki sis rasa sakit . Kaki belah mana , sis pun tak perasan . Nak kata sakit tu macam mana secara tepat , sis tak tau . Rasanya nyeri sikit . Tapi memang tasa tak srlesa lah .

Tapak kaki kita ni kalau sakit , itu bermakna dalam badan kita ada penyakit . Apa yang sis buat , sis urut kaki tu setiap malam . Sementara masuk waktu isyak , sis urutlah tapak kaki tu ikut suka hati . Dah seharian kaki tu bergerak . Kena gak urut bagi lembut sikit ... Heh heh heh .



Urut tapak kaki sebelum tidur ni digalakkan sebab banyak kebaikannya.  Antaranya seperti berikut :

Kelebihan Mengurut Tapak Kaki

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai. Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

4. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

5. Menurunkan Risiko Menopause

Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.

Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan. com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.

Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.


5 comments:

  1. Berjalan atas batu refleksologi pun boleh hilangkan sakit di bahagian tapak kaki juga. Selalu kat taman-taman rekreasi ke, ada tempat kita jalan atas batu-batu kecik bulat yang disimen tu kan. Memang hilang terus sakit tu, sebab pernah terjadi kat saya juga. :)

    ReplyDelete
  2. PC tak pernah lagi cuba urutan tapak kaki ni..takut yang tukang urut tu kena sepak sebab PC geli atau sakit..

    ReplyDelete
  3. Qaseh...akak nak alamat rumah...nak pos barang...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...