Petua Hilangkan Ketuat Dirumah


Petua Hilangkan Ketuat Dirunah| Korang pernah dengar tak ketuat ? Ala , daging tumbuh besar tahu lalat tu . Ketuat ni boleh tumbuh kat mana - mana bahagian tubuh kita . Sis pernah ada ketuat . Tumbuh kat ibu jari . Pastu ada lak lelaki tanya , " apa tu ? " ... Tetiba sis rasa malu lak ... Heh heh heh .




Masa sis ada ketuat tu , sis hilangkan dengan cara mengetip daging yang mati dipermukaan sedikit demi sedikit guna pengetip kuku . Bila sis potong kuku , sis ketip sekali ketuat tu . Kalau kena daging yang hidup akan keluar darah dan sakitlah . Bila dah kerap ketip kulit yang mati tu , lama kelamaan Ketuat jadi Kempis dan hilang. Mudah saja kan !

Kalau korang nak Cuba Cara lain , boleh je Cuba petua hilangkan Ketuat Kat bawah ni ya .

PETUA HILANGKAN KETUAT

Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.

Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah mana-mana petua berikut:

1. Abu ubat nyamuk :
Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

2. Kapur sirih :
Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

3. Minyak masak :
Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

4. Getah pelepah betik :
Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

5. Daun kesum :
Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

Selamat mencuba

3 Sila komen:

  1. Guna daun kesum? Adeh dah mcm nk buat asam pedas lak

    ReplyDelete
  2. Ketuat tu kadang2 panggil kutil.
    Kalau dulu WP guna cuka getah (asid yang digunakan untuk membekukan getah)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...