JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja



JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja | Dah masuk tahun baru . Korang pun ramai je yang pasang azam baru kan ! Sis ada juga . Cuma sendiri simpan lah . Mudah-mudahan berjaya . Saja nak cabar diri . Orang lain boleh , kenapa diri sendiri tak boleh kan ? Cuma antara nak buat ke tak nak je . Cabaran tu tetap ada . Nak kurus ni adalah salah satu daripada azam . Gigih tu hujung minggu pi jogging setiap pagi . Tibang tu belum lagi . Tapi bila dah boleh pakai semula baju saiz s tu , dah boleh senyum lah ... hak hak hak .

JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja



Kat bawah ni ada pengakuan dari penulis asal resepi JUS KURUS KEDING ni ...


Fresh juice, fresh fruits. Sangat BERKESAN ok ! Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat tak nak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.

Cara nak buat jus ni pun mudah je . Sama macam korang buat jus lainnya . Bland je semua . Perut kita kan hebat . Boleh je proses serat-serat tu dengan cepat . Cuma korang kena pastikan stok semua bahan tu sentiasa ada .

JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja

BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja

CARA:
1- Blend semua, takyah tapis sebab dah halus.
* Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit.
2- Tambah gula / madu.
* Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu banyak takpe , tapi guna madu asli je.

ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut.
Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri "Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri)." Acah-acah harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah... Heh heh heh

JUS KURUS KEDING Untuk Orang Yang Nak Kurus Sahaja

Soalan mengenai JUS KURUS :

1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih. 😉

3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik  Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih. 😚

4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.
* Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food


fb : Mastura Rasyid


No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...