Petua Kempiskan Perut Dengan Apple Hijau


Petua Kempiskan Perut Dengan Apple Hijau | Sis memang taksub dengan petua kempiskan perut . Asal jumpa je , sis mesti nak simpan dalam blog . Sebab apa ? Sebab senang nak cari berbanding simpan dalam facebook . Dalam blog cuma perlu taip pada ruang search dah jumpa tapi kalau dalam facebook , kena scroll ke bawah sampai jumpa ... pengsan sis tau ! 

Petua Kempiskan Perut Dengan Apple Hijau




Korang mesti nak tahu kan . Nape lah bersusah payah nak hilang kan lemak degil pada perut tu dengan petua ? Kan supplement dan losyen kempiskan perut banyak di pasaran ! 

Sis ni sebenarnya lebih suka guna bahan yang asli . Bukan yang diekstrak ataupun diproses untuk menjadi produk . Asli ni lebih umphhh dan zatnya lebih banyak . Tapi kalau ada yang nak belikan produk yang sedia ada di pasaran , sis memang tak tolak ... heh heh heh . Rezeki kan !

Untuk mekluman korang , buncit ni ada pelbaga jenis dan istilah seperti buncit air , buncit daging dan buncit angin . Apa pun jenis buncit , boleh saja diatasi asalkan kita cuba dan tak putus asa .  

Petua Kempiskan Perut Dengan Apple Hijau


 Jus kempiskan perut 


Bahan-bahannya

Epal hijau
5 batang kayu manis
Cara membuatnya :

1- rebus buah epal hijau yg di potong dadu bersama lima batang kayu manis ke dalam 1.5ml air.
2- minum bila air sudah suam atau
3- kisar rebusan tadi tanpa kayu manis . Boleh juga masukkan epal hijau segar .

* Kalau rajin minum 2x sehari ( malam & pagi ) boleh langsingkan badan, cubalah.

Senang je kan . 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...