Petua Rawat Sakit Mata


Petua Rawat Sakit Mata | Sakit mata memang menyeksakan sebab kita perlukan mata untuk melihat . Kalau tak dapat melihat , rasa macam semua nikmat kita telah ditarik . Kadang rabun sedikit pun sudah buat kita risau . Lagilah kalau rabun warna . Mau kita jadi bahan lawak ramai orang . Nasib tak baik jadi viral ... glamer sekejap ko mak jemah ... hurmmm .

Petua Rawat Sakit Mata



Sakit mata ni biasanya bermula dengan rasa gatal kemudain pedih . Pada masa tu mata sudah merah . Korang dinasihatkan jangan gosok walaupun tak tahan gatal . Nanti sakit mata tu semakin teruk . 

Sesiapa yang dapat sakit mata dinasihatkan supaya pakai cermin mata hitam untuk elak orang lain kena sakit mata juga . Sakit mata ni mudah merebak . Kalau ada seorang dalam rumah kena , maka akan berjemaah le satu rumah sakit mata . Dan macam chicken pox juga .

Petua Rawat Sakit Mata


Tapi korang jangan bimbang . Ada banyak petua yang korang boleh gunakan untuk rawat sakit mata supaya cepat sembuh seperti di bawah :

Pilihan 1:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.

Pilihan 2:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali. Petua ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.

Pilihan 3:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis.



2 comments:

  1. Salam Vee...apa khabar lama tak dengar berita?
    Betul tu Vee, syukur sangat kita ada mata yg dpt melihat. Bayangkan lah mereka yg OKU tu.

    Daun sirih ni mmg banyak khasiatnya ek

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...