Petua Untuk Menghilangkan Resdung


Petua Untuk Menghilangkan ResdungRESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Petua Untuk Menghilangkan Resdung


Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Petua Untuk Menghilangkan Resdung



Petua Untuk Menghilangkan Resdung Pilihan 1:


1. Sedikit akar terung kemar
2. Sedikit akar mengkunyit
3. Akar melur susun
4. Akar melur biasa
5. Kemenyan


Caranya:


➢ Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
➢ Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam.

Petua Untuk Menghilangkan Resdung Pilihan 2:


a. Hiris halus 3 biji bawang merah.
b. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
c. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
d. Wapkan ke muka anda.



2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...