Inilah Masanya


Inilah Masanya | Pada Disember lepas , banyak masalah datang . Selesai satu , datang satu . Cash in hands pun makin menyusut . Dalam pada berkira-kira nak settle kan masalah ni , rezeki masuk dalam akaun bertubi-tubi . Tapi bukan percuma ya . Dalam pada RM yang dah tak berapa ada tu , sis belanja anak buah makan . Ko ambik je nak apa ko nak . Imbalannya , sales masuk berdedai-dedai ... maka betullah , SEDEKAH ITU MENJEMPUT REZEKI . cubalah ... Pada ketika itulah , sis rasa macam RM yang sis ada tak luak pun walaupun dah banyak ' melayan ' tekak anak buah . Nasib baik ada anak buah kan ... heh heh heh .

Inilah Masanya




Sebenarnya , masa sis belajar di universiti , sis belajar bisnes . Bila kerja lak sis buat kerja office . Bila Allah bukakan jalan untuk sis terjun ke bidang online bisnes , maka terdetiklah di hati ... owh , inilah masanya untuk memulakan langkah . Praktikkan teori yang sis belajar dulu .

Sebenarnya , masa sis bekerja ni walaupun buat kerja-kerja office , tapi company memang based on bisnes . Banyak input sis dapat . Malah selok belok bisnes pun dapat belajar secara langsung sebab ada connect dengan kerja .

Kalau korang tanya , nak setup bisnes ke ... owh , jauh lagi tu dik non oiii . Kena sedia mental dan fizikal ! Dan yang penting , modal tu belum ada . Sis memang jenis yang tak akan berhutang selagi boleh . Lagi lah kalau dengan makhluk yang namanya bank tu . Jadinya , kena kumpul sikit - sikit .

Berjual beli tu sebenarnya menyeronokkan . Lagilah kalau secara online . Tak perlu nak menghadap wajah customer yang dah tentu ada macam - macam memek muka . Tak perlu juga nak merayu bagai . Cuma perlu dok hadap lappy , phone dan yakinkan mereka dengan product kita . Tapi sis jenis yang tak memaksa dan tak kuasa nak buat follow up sampai kena block sebab sis sendiri rasa rimas bila memilih barang, sis sentiasa ditunggu dan diekori oleh sales girl . Jadi sis tak akan buat perkara yang sama pada customer .

Apa korang rasa bila korang tengah makan , tetiba ada whatsapp masuk kata dah bank in rm . Pastu , korang tengah lena tidur di tengah malam , tetiba masuk whatsapp , dah bank in RM ... maka jadilah sis tidur dalam senyuman . Memang heaven !

Tapi ada juga masanya , sis bangun pukul 3 , 5 pagi semata-mata nak balas whatsapp yang masuk . Tanya tentang product . Ada yang terus closed sales ada juga yang pending ! Founder bercuti kat paris pun sempat lagi whatsapp sis ... sendu tau . Dia kat sana kul 10 malam , kita kat malaysia ? Redha je lah .

Maka benarlah 9/10 rezeki itu dari perniagaan ... sangat mudah dan senang bila dah jumpa jalannya . Tapi cabaran tetap ada ... customer yang banyak songeh ... daku abaikan jer ... wakakakaaa ... kadang x sempa pun nak layan yang banyak songeh ni sebab sibuk layan yang lain . Main copy paste je , pastu tinggal . Klu minta no. akaun , maknanya customer berminatlah .

Ok , jumpa next entry ...
Semoga urusan korang dibermudahkan dan berjalan lancar hari ini ... aaamin .




5 comments:

  1. alhamdulillah... mmg tampak penat tp kepenatan tu berbaloi2...

    ReplyDelete
  2. kengkadang dpt juga cust cerewet, tapi ok la 😄 lagipun dorang takut ditipu, tu yg terlebih cerewet. yg pntg, layan cust sebaik mungkin & duit masyukkk 😄 alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bisness ni seronok, walau pun hanya kecil2an atau sambil2an saja.
    Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya Vee dapat berniaga online. Teringin nak meniaga tp tak tau apa yg nak diniagakan.

    Mungkin juga kurang minat. Entahlah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..makin byk kt memberi..makin byk rezeki masuk..

    Memberi dr segi belanja family kt pom dh ckp baikkan vee.

    Lya gtu lah..dpt gji..mesti akan blnje jgk..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...