Cara Mudah Buat Jamu Untuk Kempiskan Perut Masa Berpantang



Cara Mudah Buat Jamu Untuk Kempiskan Perut Masa Berpantang | Orang zaman dulu , memang terkenal dengan pelbagai jamu . Zaman tu mana ada jual product ready made macam sekarang . Semuanya kena buat sendiri guna bahan yang ada di sekeliling rumah dan di dapur . Tapi kesannya , memang menakjubkan ! Kesan sampingan ? Tidaklah diketahui sebab teknologi perubatan masih biasa-biasa je pada ketika itu . 

Cara Mudah Buat Jamu Untuk Kempiskan Perut Masa Berpantang







Resepi menghasilkan jamu ni kebanyakannya turun temurun dan menjadi resepi rahsia keluarga jika niat untuk menjual . Ada yang amalkan turun temurun . Jadi resepi itu masih digunakan . Ada juga yang pewaris / generasi baru yang dah tak berminat dengan jamu ni . Maklumlah , rasanya bukannya manis kan . Tu yang jadi hilang resepi nak buat jamu ! 

Jadi kat bawah ni sis kongsikan resepi buat jamu yang sis dapat dari page . Original tak tahu dari mana . Harap tuan punya resepi ni halalkan ...


PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER 


Hasil dari pengalaman saya , buat jamu untuk guna sendiri , 2 minggu dah boleh nampak kesannya pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam . Cara membuatnya mudah saja .

Bahan2 :

- Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari
- Halba 3 sudu besar
- Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji)
- Bawang putih 3 ulas

Cara buat :

Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur.
Dah lumat, gentel bulat2. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
** Simpan dalam bekas kedap udara
** 1 adunan ni tahan seminggu
Tak rasa apa pun bila makan, telan je.
Pastu tunggu lah, asyik kentut n sendawa. hahaha.

Cara makan :

Makan 2biji - 4biji setiap hari ikut ketahanan badan. 

Fungsi

Sesuai sangat untuk bersalin cizer sebab angin banyak dalam badan.
Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil.

Siapa boleh makan ?

1- Ibu mengandung tidak boleh makan ! Panas . Nani gugur pula janin .
2- Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang cizer perut buncit lebih sikit kan. 
3- Ibu menyusukan anak ( kalau anak tahan )
4- Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.


❌      

No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...