Resepi Chicken Lemon


Resepi Chicken Lemon | Ayam ni memang kesukaan ramai orang . tak kiralah usia seawal setahun atau yang dah bertahun-ahun macam kita nih . Kalau orang offer ayam , memang tak tolak  . Bagilah apa pun resepi , rasanya tetap ayam juga cuma wallahnya tu yang berbeza ... eh daging ayam . Kang ada lak yang kata sis makan ayam tak sembelih lak ... huhuhuuu

Resepi Chicken Lemon




Mungkin ada antara korang yang belum pernah cuba masak ayam dengan lemon . Maklumlah , lemon kan orang putih punya . Dah ler tu , mahal lak harga sebiji lemon kan . Jadinya , ayam masak lemon ni dah jadi exclusive puak kan . Jomlah kita usha resepinya ...

Resepi Chicken Lemon

Bahan

Ayam
Gaul dengan
Tepung bestari
Telur
Nestum (optional)
1- Goreng dan alihkan

Sos :

Halia dan bawang putih hiris dan tumis
Masukkan air
Kiub pati daging/ayam
Sos seafood/sostiram
Sos ikan
Perah lemon 1 biji
Gula (sos ni kena manis sebab kena balance masam lemon)
2- Dah menggelegak masukkan bancuhan tepung jagung
3- Last skali renjiskan minyak bijan dan curah atas ayam...tabur biji bijan kalau nak😉
* Resepi ini telah diambil dari fb Siti Fatimah‎ melalui perkongsiannya ke group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...