ASSALAMUALAIKUM ...
Macam yang korang tahu , olahraga ni sangat baik untuk kesihatan . Malah dapat menurunkan pelbagai risiko penyakit dari kanser payudara , diabetes , penyakit jantung hingga obesiti .
Bukan setakat itu sahaja , olahraga juga boleh membantu melatih sel - sel otak korang supaya skor IQ meningkat ... best tak ? Malah olahraga dapat mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin .
Cara Olahraga Yang Betul
Tapi kena la berolahraga guna cara yang betul . Jangan pakai taram jer . Nanti ada kesan sampingan pulak . Tak leh agresif sangat , kena buat dalam keadaan santai , tenang , gembira sambil berbual mesra dengan kawan - kawan korang .
Ada beberapa tips kalau korang nak akrab dengan olahraga ni . Antaranya :
1. Pemanasan Badan
Sebelum berlari , korang perlu buat pemanasan pada bahagian urat lutut , punggung sampai la ke bahagian bawah serta otot betis .
2. Lakukan Ikut Peringkat
Masa memasuki program latihan khusus , sebaiknya lakukan tahap berikut :
Minggu Pertama :
3 x seminggu , lakukan larian selama satu minit diikuti jalan cepat selama satu minit . Ulangi sebanyak 6 x .
Minggu Kedua :
3 x seminggu , lakukan larian selama 2 minit kemudian jalan cepat selama satu minit . Lakukan sebanyak 6 kali .
Minggu Ketiga hingga Sepuluh :
3 x seminggu , tambah waktu latihan larian selama satu minit setiap minggunya . Setelah memasuki minggu kesepuluh , maka waktu latihan lari telah mencapai 10 minit . Sedangkan untuk jalan cepat tetap satu minit . Ulangi latihan sebanyak 6 x .
3. Kerap Minum
Agar tidak tercedera atau mendapat keadaan yang tidak diingini , jangan lupa untuk minum selama dan setelah berlari . Selain itu , waspada pula respon tubuh korang .
4. Kasut Yang Sesuai
Gunakan kasut sukan yang sesuai agar tidak menyebabkan luka atau melecet pada kaki korang .
.jpg)