Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Coklat Mashmallow


Assalamualaikum ...

Vee sebenarnya tak tahu nak kasi tajuk apa .
Jadi vee letak je lah tajuk coklat mashmallow .
Tengok je gambar bawah ni ...


Coklat Mashmallow



Hidangan ni dihasilkan dengan kombinasi 
coklat + mashmallow = bakar dalam oven .
Pastu korang ambillah biskut 
dan letaklah coklat mashmallow tu diatasnya .
Apa lagi ... terus je lah makan .

Kan dapat idea nak buat cuci mulut untuk anak - anak 
di hari minggu nanti .
Buatnya pun senang jer tuh .

Jom cuba ...


Salam kasih dari ...






Mini Piza Perata Segera


Assalamualaikum ...

Kalau korang beli perata segera , 
selalunya korang cuma panaskan dan makan dengan kuah kari / dalca / sambal kan !
Apa kata kali ni cuba buat mini piza lah pulak .
Caranya mudah saja kengkawan ...





Mini Piza Perata Segera


Cara membuatnya mudah saja ya kengkawan .

Step1 ;

Ambil tin sardin / susu , terapkan ke atas prata segera .

step 2 ;

Letakkan prata segera yang sudah diterap  di atas tray muffin .

Step 3 ;

Sapukan sos tomato / cili keatas prata segera .

Step 4 ;

Taburkan parutan keju .

Step 5 :

Taburkan hirisan sosej atau apa sahaja bahan yang anda suka .

Step 6 ;

Masukkan dalam oven , bakar .


Memandangkan hari ini cuti Deepavali 
dan bersambung hingga sabtu bagi kebanyakan sekolah ,
apa kata kengkawan buat projek mini piza perata segera dengan anak - anak .
Mereka sudah tentu gembira dan teruja .


Selamat Bercuti kengkawan ...







Lempeng Pisang Segera


Assalamualaikum ...

Setiap pagi para ibu akan pening nak buat breakfast apa .
Lagi lah bila hari cuti .
Macam - macam anak nak makan .
Meh la cuba lempeng pisang segera ni .
Cara buat pun senang saja .

Lempeng Pisang Segera


 Lempeng Pisang Segera .


Kalau tengok kat gambar tak da tepung .
Dah nama lempeng , mesti ada tepung lah kan .

Lempeng pisang ni nampak gebus kan .
Dah macam tambah baking powder je gamaknya .
Jangan cakap korang buat tak jadi .
Ishh ... buat malu kaum ibu jak .
... heh heh heh .






Deodorent Buat Sendiri


Assalamualaikum ...

Kebanyakan daripada kita ,
dah terbiasa kalau nak keluar 
mesti nak sapu deodorant .
Kalau tak sapu , spray jer dengan pewangi .


Kalau tak wat cam tu ,
confirm " harum " ler bau kan !
Lagi lah kalau baju tu tak berlengan 
atau pun jenis kain yang buat kita mudah berpeluh 
dan tak serap peluh .



Ada juga yang kata ,
deodorant ni leh sebabkan kanser
terutamanya kanser buah dada .
Tapi pengeluar deodorant lak menafikan !

Sebenarnya , ada cara mudah untuk kita buat sendiri .
Jom kita tengok apa dia bahan 
juga cara membuatnya ...



Bahan - bahan ;

1/4 cawan baking soda
1/4 cawan arrowroot starch powder
4 sudu kecil minyak kelapa
1/4 sudu minyak teh hijau 
atau boleh guna minyak pati pilihan anda



Caranya ;

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk .
Kacau sebati .
Maka jadilah cecair yang likat .




Dah tentulah tak selesa kalau nak apply kat ketiak kan .
Simpan dulu dalam peti sejuk .
Bila dah beku , keluarkan .
Tunggu beberapa minit , 
barulah guna jari yang bersih 
calit dan sapu pada ketiak .




Saya tak tahu lah 
kat pasaraya ada jual ke tak .
Mungkin juga ada kan !

Selamat Mencuba ...