Assalamualaikum ...
Hambo baru jer balik daripada Bagan Datoh , Perak .
Kampung abang ipar hambo .
Sempat gak baca berita terkini banjir di Johor .
Kampung hambo belum banjir .
Cuma baru nak banjir .
Mereka kata fenomena air pasang laut .
Balik KL of course lah lalu Skinchan ni .
Pemandangan sangat cantik sebab padi sedang menguning .
Dari Sungai Besar sampai ler Sekinchan ,
banyak benor gerai jual mentarang .
Last gerai kat Sekinchan .
Tu pun terlepas , maka akak hambo buat U turn lah
sebab nak beli makhluk nih .
Kalau tak beli kang , kat umah teringat - ingat jer .
RM 10 sekilo .
Tapi duit balance yang peniaga tu bagi RM 35 .
Maka RM 15 ler untuk 2 kilo .
Alhamdulillah , rezeki !
Dah balik umah dok fikir ,
nak masak cara apa nih ...
Kebetulan masih ada yang hidup .
Biakan jer la dulu .
Last anak buah nak sangat makan ,
nekad jer la .
Maka aktiviti biasa ,
campak mencampak bahan ke dalam kuali pun bermula .
Tumbuk kasar
bawang merah , bawang putih , halia dan cili padi .
Panaskan minyak , tumis bahan tumbuk hingga kekuningan .
Masukkan cili boh .
Bila dah pecah minyak , masukkan
kicap lemak manis , sos tiram
dan sedikit air juga hirisan daun kunyit .
Kacau hingga mesra .
Masukkan mentarang dan tutup .
Selepas 15 minit , tutup api .
Siap untuk dimakan !