Mentarang Masak Sempoi


Assalamualaikum ...


Hambo baru jer balik daripada Bagan Datoh , Perak .
Kampung abang ipar hambo .
Sempat gak baca berita terkini banjir di Johor .
Kampung hambo belum banjir .
Cuma baru nak banjir .
Mereka kata fenomena air pasang laut .


Balik KL of course lah lalu Skinchan ni .
Pemandangan sangat cantik sebab padi sedang menguning .



Dari Sungai Besar sampai ler Sekinchan ,
banyak benor gerai jual mentarang .
Last gerai kat Sekinchan .
Tu pun terlepas , maka akak hambo buat U turn lah 
sebab nak beli makhluk nih .
Kalau tak beli kang , kat umah teringat - ingat jer .

RM 10 sekilo .
Tapi duit balance yang peniaga tu bagi RM 35 .
Maka RM 15 ler untuk 2 kilo .
Alhamdulillah , rezeki !


Dah balik umah dok fikir ,
nak masak cara apa nih ...
Kebetulan masih ada yang hidup .
Biakan jer la dulu .


Last anak buah nak sangat makan ,
nekad jer la .
Maka aktiviti biasa , 
campak mencampak bahan ke dalam kuali pun bermula .



Tumbuk kasar 
bawang merah , bawang putih , halia dan cili padi .
Panaskan minyak , tumis bahan tumbuk hingga kekuningan .
Masukkan cili boh .
Bila dah pecah minyak , masukkan
kicap lemak manis , sos tiram 
dan sedikit air juga hirisan daun kunyit .
Kacau hingga mesra .
Masukkan mentarang dan tutup .
Selepas 15 minit , tutup api .
Siap untuk dimakan !





8 Sila komen:

  1. baru nak gogel pasal masak mentarang..dah ada entry ini..hiih..baguslah masak style nie..lh cuba..banyak mentarang kat dapor tuu

    ReplyDelete
  2. sedapnya ...kak mmg suka mkn mentarang digulai lemak dgn keledek...

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan mentarang ni lg.. trliur plak aiihh..mane nk cari kt Johor nie ea?

    ReplyDelete
  4. oh macam tu rupa mentarang, baru tahu hehe

    ReplyDelete
  5. Sy tak penah makan mentarang ni, housemate selalu jugak bawak tapi ntahlah takleh nak telan pulak..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...