Assalamualaikum ...
Jantung pisang nampak biasa jer .
Malah , bonda hambo dulu tak do pun inform khasiatnya .
Cuma bonda kata , boleh makan .
Makan jantung pisang ni boleh buat kita rasa kenyang
untuk masa yang lama berbanding nasi .
Jadi , sangat sesuai untuk diet .
Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu pencernaan .
Ia juga dapat mengelakkan kita daripada serangan angin ahmar
malah membantu melancarkan perjalanan darah .
Maka risiko terkena serangan jantung dapat dielakkan .
Jantung pisang juga sangat bermanfaat
untuk penghidap kencing manis dan diabetes .
Bahan - bahan yang diperlukan untuk menumis ;
Serai , cekur , halia , kunyit , cili padi ,bawang putih , bawang merah ,dan ikan bilis ditumbuk kasar .
* kunyit dan ikan bilis saya masukkan kemudian
sebab terlupa . heh heh heh ...
Panaskan minyak ,
masukkan semua bahan tumbuk di atas .
Bila bahan tumis dah kekuningan ,
masukkan jantung pisang yang sudah di mayang .
Kacau hingga mereka mesra .
Masukkan pula santan pekat , hirisan daun cekur dan perasa .
Taaa ra ... sudah siap untuk dimakan .
Selamat Mencuba ...
sedap ni..xrugi dicuba....
ReplyDeletesaya tak pernah mkn jantung pisang... apa la agaknya rasa jantung pisang tu... nampak sedap!
ReplyDeletedr dlu smpai skrg, Jue xbleh mkn jntng pisang..
ReplyDeleteJantung pisang memang bagus, lebih bagus jika dimakan mentah2 atau direbus sebagai ulam. Khasiatnya akan menjadi kureng sikit bila dicampur dengan minyak dan santan yg tinggi lemak tepunya...
ReplyDeletesedapnyer...suka makan..
ReplyDeleteTahniah! Anda telah terpilih untuk SEGMEN BLOGGER LAMAN SUTERA. Sila semak di http://ziemahmud.blogspot.com/2013/11/segmen-kenalan-blogger-laman-sutera-7_30.html
ReplyDeletesalam singgah..kalau jantung pisang buat ulam tu biasa makan, tapi kalau mcm dlm gambar ni...belum cuba. nampak menyelerakan...
ReplyDeleteFavourite akak ni Vee oi...mmmm...
ReplyDeletememang sedap jantung pisang..mak akak selalu buat rebus jantung pisang.
ReplyDeletebaru tau khasiat dia. selama nie memang main makan je hihihi. lagi kenyang dari nasi? wahhhhhhh
ReplyDeleteTerbaik...
ReplyDeletesedap nyer.....
ReplyDeletejantung pisang cicoh budu best jugak..
Ros tak pernah makan jantung pisang ni. tapi mak Ros memang suka. selalu jugak masak. tapi lebih kepada buat ulam je..
ReplyDeletewahh.. dah lama sangat ak makan jantung pisang ni.. sedap kan!
ReplyDeleteamboi nampak sedap & berkhasiat ni !
ReplyDeletetak pernah tengok resepi jantung pisang ni. Nampak menarik. Selalu rebus & cicah dgn sambal belacan je. Tu pon dah sedap.
ReplyDeleteNurul suke jantung pisang masak lemak ni... campur ngan ikan masin kurau ke.. pehhh
ReplyDelete