Stew Daging Pedas


Assalamualaikum ...

Hambo ni peminat tegar drama / filem korea .
Maka hambo selalu terliur bila tengok masakan korea kat dramanya .
Walaupun tak dapat buat real kimchi korea ,
dapat seakan - akan pun jadilah .

Kali ni hambo nak cuba stew pedasnya .
Tapi masak cara orang Melayu lah .
Hah ! dah lidah melayu kan !
Yang pasti tak de kimchi .
Sebab hambo masak guna bahan yang ado dalam esbox jer .


Masukkan minyak 
( kalau dapat guna planta lagi harum ), 
bila dah panas masukkan 
kayu manis , buah pelaga dan bunga lawang .



Masukkan bahan yang ditumbuk 
( cili padi , bawang putih , bawang merah , halia , lengkuas , serai , biji ketumbar ) .
Bila dah agak garing , 
masukkan cili boh dan serbuk rempah sup.
Bila dah  pecah minyak , 
masukkan air asam jawa  .



Bila dah mendidih , 
masukkan daging yang dah direbus 
dan perasa .

Bila rasa dah meresap kat daging ,
masukkan tomato ,bawang besar , capsicum
batang saleri , dan carrot .
Hambo masukkan juga soohoon .

Bila bahan dah agak layu , 
soohoon pun dah kembang ,
masukkan sedikit tepung gandum 
yang sudah dibancuh dengan air .
Kacau sebati hingga kuah agak pekat ,
bolehlah tutup api .



Hambo tak masukkan tomato puri 
sebab tomato cuma sebiji jer dalam esbox .
huhuhuuuu ...

Selamat mencuba di hari cuti ...



10 Sila komen:

  1. amboi Vee..boleh lawan master chef macam ni..:)

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya tak suka cerita Korea, tapi stew itu nampak sedap sangat.....

    ReplyDelete
  3. baru tahu..hehe
    malumlah tak minat korea..haha

    ReplyDelete
  4. kekadang kan, tengah malam, sanggup masak meggi perasa tomyam ke, asam pedas ke, imagine macam orang korea makan tu..hihihi, pengaruh kuat betul keatas diriku

    ReplyDelete
  5. sama macam adik ipar saya. suka sangat tengok korea dan sangat suka masak makanan depa.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...