Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

Sambut Ramadhan


Assalamualaikum ...

Esok kita akan mula berpuasa . 
Sudah tentu semalam banyak pejabat 
buat makan - makan untuk sambut ramadhan .
Meriahlah meja tu dengan makanan .
Ada yang order ada gak yang buat potluck


Sambut Ramadhan

Gambar kat atas ni tapau lebihan jamuan .
Seronoklah rakyat lima orang tu bila nampak makanan .

Masa zaman sekolah pun QV dan kawan - kawan 
ada buat makan - makan juga .
Kononnya makan sampai puas sebab esok dah kena berpuasa .
Itu masa zaman jahiliyah .

Bagi orang negeri sembilan , 
mereka akan makan besar yang dipanggil ' mantai ' .
Juadah pun sama macam nak sambut raya .
Meriahnya pun sama macam nak raya juga .

Bila umur dah meningkat ni ,bagi QV , 
pengisian dan penghayatan Ramadhan itu lebih penting .
Ramadhan ini bukan setakat berpuasa dari makan dan minum ,
tapi juga merebut peluang melakukan pelbagai ibadah
yang hanya ada di bulan ramadahan .

Lebih dari itu , 
Allah nak kita merasa 
bagaimana susahnya fakir miskin itu 
terpaksa berpuasa 
kerana tiada kemampuan 
untuk membeli atau mendapatkan makanan .

Lihatlah saja saudara seagama kita di negara yang bergolak .
Mereka makan apa yang ada di depan mata .

Memang itu sudah takdir mereka dilahirkan dibumi sana .
Tetapi sekiranya Allah hendak ianya berlaku pada negara kita ,
sekelip mata akan berubah .
Bersyukurlah kita di bumi Malaysia ini ,
Walaupun harga barang melambung ,
kita masih berada di tahap mampu beli dan mewah dengan makanan .

Atas asbab itu , jangan lupa untuk bersedekah .
Bukan sahaja dalam bentuk wang ,
malah makanan juga tenaga .


Pada kesempatan ini QV memohon maaf 
kepada teman - teman bloggers ,
sekiranya tulisan dan komen QV 
di blog korang ada mengguris rasa .
Kerana QV manusia biasa , maka QV membuat kesilapan juga .

Semoga Ramadhan kali ini 
menjadikan kita manusia yang lebih Istiqamah .
Lebih kepada mengejar ganjaran Ramadhan 
dari sekadar mahu menikmati juadah yang enak - enak .

Salam Ramadhan untuk semua .
Semoga Ramadhan al - mubarak ini 
menjadi lebih bermakna buat kita 
serta dapat menjadikan kita seorang hamba yang lebih taat kepada pencipta - Nya .
... aaamiiin , insha Allah .





Kembalikan Tenaga Dalaman Ketika Berpuasa

Assalamualaikum ...

Perkara biasa la kan bila masuk kul 2 pm jer , 
kita dah mula rasa letih kan .
Sikit masa dulu , hambo pun rasa cam tu .
Sekarang ... alhamdulillah , 
hambo bertenaga jer macam orang tak berpuasa .
Sebenarnya senang jer .
Perkara yang asas , teman - teman pun tau .



Bazar Vs Bazir


Assalamualaikum ...