Assalamualaikum ...
Esok kita akan mula berpuasa .
Sudah tentu semalam banyak pejabat
buat makan - makan untuk sambut ramadhan .
Meriahlah meja tu dengan makanan .
Ada yang order ada gak yang buat potluck
Gambar kat atas ni tapau lebihan jamuan .
Seronoklah rakyat lima orang tu bila nampak makanan .
Masa zaman sekolah pun QV dan kawan - kawan
ada buat makan - makan juga .
Kononnya makan sampai puas sebab esok dah kena berpuasa .
Itu masa zaman jahiliyah .
Bagi orang negeri sembilan ,
mereka akan makan besar yang dipanggil ' mantai ' .
Juadah pun sama macam nak sambut raya .
Meriahnya pun sama macam nak raya juga .
Bila umur dah meningkat ni ,bagi QV ,
pengisian dan penghayatan Ramadhan itu lebih penting .
Ramadhan ini bukan setakat berpuasa dari makan dan minum ,
tapi juga merebut peluang melakukan pelbagai ibadah
yang hanya ada di bulan ramadahan .
Lebih dari itu ,
Allah nak kita merasa
bagaimana susahnya fakir miskin itu
terpaksa berpuasa
kerana tiada kemampuan
untuk membeli atau mendapatkan makanan .
Lihatlah saja saudara seagama kita di negara yang bergolak .
Mereka makan apa yang ada di depan mata .
Memang itu sudah takdir mereka dilahirkan dibumi sana .
Tetapi sekiranya Allah hendak ianya berlaku pada negara kita ,
sekelip mata akan berubah .
Bersyukurlah kita di bumi Malaysia ini ,
Walaupun harga barang melambung ,
kita masih berada di tahap mampu beli dan mewah dengan makanan .
Atas asbab itu , jangan lupa untuk bersedekah .
Bukan sahaja dalam bentuk wang ,
malah makanan juga tenaga .
Pada kesempatan ini QV memohon maaf
kepada teman - teman bloggers ,
sekiranya tulisan dan komen QV
di blog korang ada mengguris rasa .
Kerana QV manusia biasa , maka QV membuat kesilapan juga .
Semoga Ramadhan kali ini
menjadikan kita manusia yang lebih Istiqamah .
Lebih kepada mengejar ganjaran Ramadhan
dari sekadar mahu menikmati juadah yang enak - enak .
Salam Ramadhan untuk semua .
Semoga Ramadhan al - mubarak ini
menjadi lebih bermakna buat kita
serta dapat menjadikan kita seorang hamba yang lebih taat kepada pencipta - Nya .
... aaamiiin , insha Allah .
slamt mnyambut ramadan ! slamt berpuasa =)
ReplyDeletebetul juga apa yg sis ckap masa2 kecil nak puasa esok mkn banyak2..
ReplyDeletetapi skarg dah bsar bakal dah sadar yg pngisian tu yg penting :P
Betul tu QV...Ramadhan bukan bulan untuk membazir. Selamat menghayati bulan penuh keberkatan ni ye
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan QV. ramadhan kali ini akak bertekad taknak membeli makanan di pasar ramadhan lagi. walaupun sempat masak sejenis lauk saja, akan akak masak sendiri..
ReplyDeleteBetul tu, Vee. Nafsu makan bulan Ramadhan ni lebih 'buas' daripada biasa :) Tapi saya pun dah bertekad tak mahu ke PARAM lagi tahun ni. Masak ala kadar, ikut kehendak keluarga. My family pun tak besar mana, masaklah bagai nak rak, memang tak habis punya. So, buat apa nak membazirkan!
ReplyDelete