Assalamualaikum ...
Semalam , 2 orang anak buah ada event .
Hanani buat persembahan koir sempena hari koperasi disekolahnya manakala Nabila mewakili sekolahnya dalam pertandingan reka cipta .
Bebudak ni , kalau ada perkara yang berlaku kat sekolah ,
memang lah story kat mak usunya .
Mak usunya ni kan dah jadi kawan tempat mengadu .
Mula - mula tu Najwa terjah bilik tanya mak usunya tanya Tiramisu tu macam mana .
Jangan pelik yer .
Sebab mak usunya tak pernah buat ,
tu yang mereka tak tahu .
... heh heh .
Alkisahnya ,
boy classmatenya kata kat kantin / gerai sekolah ada jual .
Tapi dia tak sempat nak terjah .
Maklumlah , hari ini kat sekolahnya ada buka gerai .
Maka mak usunya pun berceritalah
macma mana rupanya tiramisu nih .
Mak aiii ... anak buah QV ni macam blurr jer nengoknya .
Maka menggoogle lah mak usunya nak bagi dia tengok rupa tiramisu tu .
Tak pasal - pasal dah dapat permintaan untuk buka puasa nanti . Asal my kakak beli bahan - bahannya ,
QV on jer lah .
Lepas tu si Hanani lak laju jer bercerita :
" Mak usu , tadi kat sekolah aku dapat cabutan bertuah .
Hamper paling besar tau mak usu .
Tapi cikgu batalkan sebab aku tak ada dalam dewan . "
" Ko , pi mana ? ko tak ada , mestilah cikgu batalkan . "
" Aku baru habis buat persembahan .
Dewan tu besar lah mak usu .
Ambik masa lah nak masuk .
Masa cikgu panggil nama
aku dah kat pintu tapi cikgu batalkan . "
" Ko tak cakap ke ko baru habis buat persembahan ? "
" Dah , aku dah cakap tapi cikgu tak nak bagi juga . "
My anak buah ni dah terkilan sebenarnya .
" Ruginya mak usu , besar tu hampernya . "
Itulah yang dia dok ulang - ulang .
Maklumlah hamper tu besar dan sarat dengan makanan .
Dia ni jenis yang ingat adik beradik .
Dia rasa terkilan sangat sebab tak dapat kongsi hamper tu dengan adik - adiknya .
Nak pujuk hati dia tu ,
maka selamba jer la mak usunya kata ;
" Kalau benda tu belum rezeki kita ,
Allah memang tak bagi .
Dah , tak payah nak buat muka lagu tu . "
" Mak usu , masa sekolah qistina buat cabutan bertuah ,
aku ambik nombor , baca bismillah ,
pastu aku tiup kat nombor tu .
Dapat hamper mak usu . Tadi pun aku buat macam tu juga .
Cara ni memang berkesanlah mak usu . "
" Tu namanya Allah izinkan .
Lain kali kalau nak join cabutan bertuah ,
buat jer macam tu ... insha Allah . "
Si Nabila lak ,
cuma dapat saguhati jer dalam pertandingan reka cipta .
Tak apa lah .
Tahun depan boleh cuba lagi .
Yang penting dapat sijil .
Setiap hari , bilik mak usu ni memang jadi port mereka .
Kalau tak sibuk cerita pasal hal yang berlaku kat sekolah ,
mereka main game kat phone mak usu ,
tengok movie kat tablet mak usu .
Selalunya kakak Najwa lebih suka join mak usunya buat blogwalking .
Agak - agak bila mak usunya dah dok umah mereka ni , mereka rindu ke idak kat mak usunya ni yer ... Mudah - mudahan kemesraan ini terus berkekalan hingga akhir usia QV hendaknya .
alolo...sayangnya mak usu dekat anak-anak sedara.saya ngan anak sedara ngam, tapi jakau diorang mintak pinjam gadget memanjang tak bagi.hehe
ReplyDeletebestnya jadi mak usu kesayangan anak buah, mestila kan , mak usunya rajin melayan
ReplyDeletewah panjang cerita makusu melayani kerenah anak2 sedaranya yg keletah...suka membaca cerita kemesraan makusu n anak2 sedaranya...insya Allah ingatan n kasih sayang antaranya pasti berkekalan...
ReplyDeletekena guna petua Vee.. jarang bebenar dpt lucky draw
ReplyDeletemudah2an kemesraan itu bkekalan yea...
ReplyDeleteMudah-mudahan....
ReplyDeleteComel betul Mak Usu dengan anak2 buahnya... hehehe
ReplyDeletesemoga murah rezeki
ReplyDeleteemm, xde rezeki tu..jie pun nk cuba la time cabutan bertuah..hihi
ReplyDeletemelayan kanak2 bercerita memang best..enjoy them selagi mereka masih kecil..kesian Hanani tak dapat hamper..cikgu tu tak consider langsung..
ReplyDeletemenjelang esok ramadhan..
ReplyDeletesalam ramadhan buat mak usu dan anak-anak buah yang disayangi
Mahunya tak rindu, Vee. Mak Usu yang paling rapat dengan mereka. Apa kehendak, Mak Usu ikutkan ajekan...
ReplyDelete