Bila Budak Belajar Berpuasa


Assalamualaikum ...

Sudah selesai hari pertama Ramadhan kita .
Harapannya , tak ada yang loglai keletihan .
Dah besor dan umur pun dah bertingkek tingkek ni ,
tak perlulah nak curi makan aka ponteng puasa .
Budak - budak yang baru belajar berpuasa pun steady jer .

Hari pertama ni korang berbuka apa agaknya yer .
Juadah QV dan family hanya yang ringkas sahaja .
Tembikai dan kurma sebagai pembuka selera ,
air milo suam untuk penghilang dahaga ,
bubur cha - cha untuk sekadar mengisi perut sebelum solat Maghrib
dan nasi himpit bersama sup tulang untuk hidangan berat selepas Tarawih .

Bila Budak Belajar Berpuasa

Hari ini si kecik ( 6 tahun ) belajar berpuasa .
Sebelah pagi follow mamanya pergi meronda - ronda . 
Sebelah petang hanya tidur , bangun dan tidur lagi .
Walaupun bau harum masakan menusuk hidung ,
dia langsung tidak merengek minta makan 
malah selamba saja melayan kartun 
dan bermain belon bersama kakak dan abangnya .

Tidak seperti si abang masa baru berpuasa 2 tahun lepas , 
bau jer masakan , terus merayu mintak makan .
Maka mamanya memujuk ; " sekejap lagi " .
Alhamdulillah ... 
semoga si kecik dapat teruskan puasa hingga menjelma syawal .

Bila Budak Belajar Berpuasa
Sila abaikan mulutnya yang herot itu

Setakat ini belum ada yang dapat menandingi 
Nabila belajar berpuasa.
Dia berpuasa seawal 5 tahun dengan jayanya .
Jangan terkejut kalau QV kata , 
dia tetap aktif seperti biasa ,
bermain dengan adiknya dah macam superman .
Tapi dia tidur sekejap pada sebelah tengahari .

Alkisah cerita , tiba - tiba di satu petang :
" mak usu , Nabila tak puasa ! "
" What ? Kenapa tak puasa ? "
" Dia minum air paip kat surau sekolah . "
Dengan selamba mamanya mencelah :
" Tak apa , lepas ni teman mama bayar hutang puasa . "
Ini kisah berlaku ketika dia berusia 8 tahun .
Dia tetiba tergoda hanya dengan melihat paip air !
Tapi dia kuat semangat membayar hutang puasa 
walaupun kami makan dihadapannya .
... heh heh heh .

Bila Budak Belajar Berpuasa

Si abang pula , paling liat nak bersahur .
2 tahun berturut - turut mamanya suap dia bila bersahur .
Orang lain mengejar masa untuk bersahur ,
dia melayan tidur atas sofa .
Bila suruh makan tak bergerak langsung .
Walaupun mulutnya mengunyah makanan ,
mata dia maintain pejam u ... perghhh .
Makan pun tak banyak , sekadar 3 / 4 suap sahaja .
Tahun ini , alhamdulillah . 
Abang boleh bangun macam biasa .
Mungkin sebab dah biasa 
tak tidur selepas solat subuh terutama masa cuti sekolah .
Abang juga tak letih berpuasa .

Alhamdulillah , tahun ini anak buah QV semua cool jer berpuasa .
Tak ada istilah lembek benyek ke , lemah longlai ke ...
malah si kakak lah yang memasak di dapur .
Salah satu sebab my anak buah suka berpuasa 
kerana my kakak akan masak hidangan berbuka ikut selera mereka .
Tapi dengan syarat , kena tolong mamanya buatlah .
Tak kisahlah doh tu nak jadi macam mana .
Janji mereka buat sendiri .
Ini juga menjadi sebab my kakak tak membeli di bazaar ramadan .

Petang tadi , my akak tugaskan si abang dengan nabila 
mencuci pinggan mangkuk yang berlonggok di singki .
Maka terdengarlah perbualan mereka .
" Aqif , tolonglah sini , ko ni nak mengelat jer . "
" I quit ! " kata si abang .
" What ! " mak usunya menjerit .
Hebat kan pendengaran mak usunya ... heh heh heh .
" biar dia nak quit nabila . 
Nanti buka ( buka puasa ) kita quit dia .
Suka - suka nak curi tulang ye ? "
" Dah Nabila , berhenti .
Aqif , sini siapkan keje . "
Tetiba mamanya bersuara .
Maka sengih - sengih jer la si abang ni ke dapur .
Sampai kilat singki dicucinya sekali .

Erkkk ...
Panjang rupanya QV merapu yer .
Ini mesti dah terikut MD ni ...
Dulu tak macam ni pun ...
... heh heh heh .
Sendiri yang nak menceceh , MD pulak yang kena ye .
Maaf zahir batin MD . 
Saja - saja gurau di bulan puasa .

Ok , jumpa lagi esok ... Selamat Bersahur .




6 Sila komen:

  1. perghh aku kecik2 dulu kalau posa peghh tengok apa semua rasa nak makan cukup xleh tahannnnn hahahahaahahah

    ReplyDelete
  2. timm mkn nasi je semlm..lauk mcm lunch..biasa2 jer..dah tua2 ni klau brmsalah puasa xtau nak kta apa..haha!

    ReplyDelete
  3. komunikasi yg bijak memudahkan semua urusan kan...selamat berpuasa QV n famili.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... kena tempias di bulan puasa tu sebab menahan lapar dan dahaga. Alah, kalau dah sekampung senegeri, memang gitulah jadinya. Hehehe ...

    Baguslah anak-anak buah Vee ni, dari awal dah belajar berpuasa dengan jayanya. Acik sorang ni pun kadangkala tak tahan dugaan tengok gambar makanan aje :) My anak sulung baru belajar nak puasa penuh katanya tapi hari ni dah termengelat sebab tak tahan tengok baki aiskrim dalam petisejuk...

    Salam Ramadhan buat Vee sekeluarga ya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...