Assalamualaikum ...
Perkara biasa la kan bila masuk kul 2 pm jer ,
kita dah mula rasa letih kan .
Sikit masa dulu , hambo pun rasa cam tu .
Sekarang ... alhamdulillah ,
hambo bertenaga jer macam orang tak berpuasa .
Sebenarnya senang jer .
Perkara yang asas , teman - teman pun tau .
Makan kurma sebelum bersahur sekurang - kurangnya 5 biji .
Hambo dulu cuba minum 2 sudu besar jus kurma yang ada kat pasaran lah .
Masa tu cuma nak try betul ker info yang ada kat iklan tuh ,
jus ni boleh kekalkan tenaga kita sepanjang berpuasa .
Malangnya jus tu hambo dah tak ingat apa jenamanya .
Tapi memang berkesan !
Pas tu hambo buat sendiri jus dengan 7 biji kurma untuk sahur .
Hambo ambil 7 biji sebab hambo suka dengan angka tuh .
... heheheeee ...
Untuk berbuka , hambo suka campur dengan pegaga .
Sebab hambo nih peminat tegar pegaga .
Jus nih hambo minum semasa berbuka .
Boleh juga campur kurma dengan buahan lain .
Glukosa dalam kurma tu lah yang beri kita tenaga .
Kemudian diserap ke dalam badan kita dengan serta merta .
Kulit kurma sebenarnya ada kandungan serat yang sangat baik untuk cegah penyakit barah usus .
Malah mengandungi zat galian yang sangat banyak dikenali sebagai potassium .
Jadi , jangan gatal tangan buang kulit tu yer !
Selain khasiat di atas ,
kurma mampu menjana otak kita untuk lebih segar dan bermaya .
Muka akan kelihatan lebih berseri .
Malah kekuatan dalaman sepanjang berpuasa .
Memberi tenaga juga kepada ibu - ibu ynag menyusukan anak .
Juga sesuai untuk mereka yang berpenyakit tapi tetap perlu berpuasa .
Hambo juga praktikkanpada bonda yang dah uzur supaya dia dapat bertahan hingga berbuka .
Alhamdulillah , sangat berkesan .
Hambo juga praktikkanpada bonda yang dah uzur supaya dia dapat bertahan hingga berbuka .
Alhamdulillah , sangat berkesan .
Sebenarnya , kurma nih sangat sesuai bagi anak - anak yang baru belajar berpuasa tapi malas nak bersahur .
Maka , beri jer minum jus kurma nih atau beri jer kurma kepada anak - anak makan untuk tenaga tambahan mereka .
Satu lagi yang hambo praktikkan ialah banyakkan bergerak .
Lagi banyak kita bergerak , lagi bertenaga lah kita .
Sebab badan akan bakar lemak - lemak yang ada di badan kita untuk ditukarkan kepada tenaga .
Sekaligus dapat menurunkan berat badan kepada yg obesiti tuh .
Walaupun tak banyak , tapi dah cukup membantu .
Apatah lagi proses tu berlaku selama sebulan .
Akak saya pun bajunya dah banyak yang longgar dek kerana kerap naik turun tangga di sekolah .
Saya elakkan tidur di bulan ramadhan nih .
Bagi saya , tidur tu cuma buat badan saya makin lemah dan jadi tak larat nak buat kerja .
Islam cuma galakkan kita tidur sekiranya berjaga nya kita hanya akan mengurangkan pahala puasa .
Terutamanya bila kita tak jaga kesemua pacaindera kita .
Maka lebih baik lah kita jangan tidur dan penuhi masa lapang kita dengan bertadarus dan berzikir .
Panjang lak mak jemah bercermah hari nih .
... heheheee...
Terima kasih pada yang tak jemu baca dan tinggalkan komen .
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ...
saya pun amalkan makan kurma..alhamdulillah..xsakit-sakit badan sbb minum ais
ReplyDeleteya betuk tu Vee, kurma sesuai utk ibu yg menyusukan bby atau ibu yg sdg mengandung dan ada masalah hb rendah.kena amalkan mkn kurma nih..
ReplyDeletethanks tips nye acik memang amalkan :) kurma memang sedap
ReplyDeletesebenarnyekan.. kite x bape suke kurma hehe
ReplyDeleteBuleh try ni..
ReplyDeleteThanx ks tips..
Nk wat jus xler kot..
Mkan cmtu lg sodap rasanyer.
Kita selalu minum juz (kurma blend dengan oats campur madu) memang kenyang. sedap pulak tu...
ReplyDelete