Assalamualaikum ...
Dah 2 hari tak buka blog .
Nasib baik pi scroll down page tu .
Nampak lah pula yang QV kena tag dengan blogger Nor Azimah .
1. Terangkan diri anda secara ringkas sahaja
Seorang yang pemalu , garang tapi mudah lembut hati bab nak tolong orang dan suka berkawan .
2. Warna kegemaran anda , kenapa ?
Hijau sebab melihatnya saja sudah memberi ketenangan pada diri .
3. Sejak bila anda berblog ?
Sejak Julai 2012 .
Tapi dah tukar url sebanyak 2 kali disebabkan nuffnang .
4. Jika direzekikan anda mendapat wang terpijak sebanyak 1 juta , apa yang anda nak buat dengan wang tersebut ?
Akan dibelanjakan ke jalan Allah ... insha Allah .
5. Target blog anda ?
Mendapat ramai kawan baru .
6. Tempat Menarik yang sangat ingin anda kunjungi ?
Mekah al Mukarramah .
7. Apa pandangan anda tentang blog saya ?
Pengisian ilmiah , selebihnya ok saja di mata QV .
8. Pada pendapat anda kenapa wanita hari ini sangat berdikari ?
Sebab sayang aka kesian suami .
Kalau ada duit sendiri , beban suami pun kurang sikit .
Isteri pun boleh beli apa dia nak .
Tak yah la nak merayu meraih simpati cuma sebab nak duit untuk beli sesuatu .
Single macam QV , untuk keperluan dan kehendak sendiri .
9. Beri satu sahaja cadangan bagaimana menghadapi karenah anak remaja ?
Jadikan dia sebagai kawan . Ibu menjadi sahabatnya .
10. Tokoh masakini yang anda sangat kagumi ?
Tun Mahathir Muhammad .
11. Apa yang anda kagumi tentang Rasulullah ?
Kesabaran dan ketabahannya menyebarkan agama Islam .
Harapan QV , jawapan di atas dapat memuaskan hati Nor Azimah .
Itulah saja yang dapat QV jawab .