Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang



ASSALAMUALAIKUM ...

Sakit pinggang selalunya menyerang pada orang yang berusia 30 ke atas . Selain itu  bila korang berjam - jam dok menghadap komputer . Tak kiralah korang hadap komputer kerana kerja atau bersosial juga melayari internet , yang pasti bila nak berdiri akan rasa sakit - sakit di bahagian pinggang dan belakang badan


Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang




Apa Itu Low Back Pain ?


Low Back Pain ( LBP ) atau juga dikenali dengan nyeri bawah punggung adalah situasi di mana anda merasa sakit bermula dari paras pinggang hingga ke bahagian bawah punggung . Apa kaitan LBP dengan sakit pinggang ? Kaitannya adalah bahagian bawah punggung yang bermula di bawah tulang rusuk adalah termasuk bahagian pinggang . Jadinya , orang dah biasa sebut sakit pinggang berbanding nyeri bawah punggung atau LBP .

Tanda - tanda terjadinya LBP ( Low Back Pain )



Kesakitan LBP mula korang rasa bila punggung korang rasa nyeri seperti dicucuk - cucuk . Keadaan itu menyebabkan korang rasa susah nak berdiri tegak dan bergerak . Tanda - tanda lain LBP seperti :

1. 
Timbul rasa sakit apabila terjadi tekanan pada susunan saraf tepi sekitar pinggang .


Kesakitan ini berlaku disebabkan gangguan pada otot dan kawasan sekitarnya , saraf , tulang belakang dan ginjal .

2. Spasme Otot ( ketegangan Otot )



Spasme otot berlaku apabila gerakan pinggang yang terlalu berlebihan melampaui kekuatan otot - otot tersebut . Sebelum ber olahraga / angkat benda - benda berat / anak tuh pi la warm up dulu ya .

3. Kepedihan atau kesulitan ketika buang air kecil .



Kalau tetiba tuh kerap kencing terutama pada waktu malam dan air kencing berdarah , maknanya anda ada masalah sakita pinggang .


Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang



Masalah sakit pinggang atau Low Back Pain dapat diatasi sekiranya anda mengikuti tips cara atasi sakit pinggang yang dianjurkan seperti di bawah ini .


1. Olahraga Yang Teratur



Olahraga yang teratur di mana frekuensi atau kekerapan melakukannya harus mencukupi .


2. Rajin Berenang Dan Kurangkan Aktiviti


Bagi yang mudah terkena LBP , dinasihatkan untuk berenang dan kurangkan aktiviti melompat - lompat 
atau meloncat .


3. Kawal Pemakanan


Mengawal pemakanan dengan menghindari makanan yang mengandungi banyak lemak dan berasid agar dapat memperlambatkan terjadinya pengapuran tulang belakang .


4. Elak Berat Badan Berlebihan


Usahakan jangan sampai terjadi berat badan yang berlebihan .


5. Duduk Dengan Betul


Latih diri dengan cara duduk yang betul . Pastikan duduk tegak dengan kedudukan tulang belakang 90 darjah dan elakkan daripada duduk pada posisi bongkok .


6. Kekalkan postur badan 


Anda perlu kekalkan postur badan yang betul dengan memastikan kedudukan .


7. Minum Susu


Amalkan minum susu setiap hari . Paling elok 2 / 3 gelas atau amalkan pengambilan kalsium yang boleh didapati di farmasi .

8. Mengamalkan Pemakaian Korset


Lebih baik lagi jika anda dapat mengamalkan pemakaian korset kerana ia bukan sahaja mampu memberi posture badan yang cantik , malah membuatkan cara duduk anda lebih baik .


9. Kekalkan gaya hidup aktif


Aktiviti fizikal harian membantu memperbaiki aliran darah , risiko strok , sakit jantung dan kerosakan buah pinggang .

Rawatan Sakit Pinggang



Anda boleh memulakan proses rawatan sakit pinggang atau Low Back Pain  dengan cara 
  • berbaring dengan meletakkan bantal di bawah pinggang
  • melakukan senaman yoga
  • mendapatkan urutan
  • membuat rawatan akupuntur
  • menjalani terapi
  • memakan ubat 
  • mendapatkan suntikan .

Mencegah Sakit Pinggang


Adalah lebih baik korang mencegah dari merawat kan . Sakit pinggang atau Low Back Pain boleh korang elak dari berlaku dengan cara 
  • elak melakukan kerja berat 
  • mengangkat benda berat
  • duduk dengan posisi badan yang tegak
  • duduk atau cangkung terlalu lama







4 Sila komen:

  1. kekadang kalau duduk terlalu lama pun rasa juga. time kerja selalu. kena ikut tips2 sis ni

    ReplyDelete
  2. Wah toche... memang selalu sakit pinggang... sampaikan kalau di picit tempat yang ngilu emmm melambak angin keluar..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Kekalkan postur badan....kadang2 susah nak buat walaupun senang..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...