Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi | Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati. Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi


Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi 


Mari kita dalami apakah rahsia Lemon sehinggakan warga eropah menganggap lemon itu wajib ada di dapur mereka .

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi


Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:


Menghilangkan acne.


Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar.


Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa.

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.


Menghilangkan rasa takut dan cemas.


Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?


Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE).


Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.


Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa. 






Bye-bye demam







Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!


Selesema dan Sakit Tekak


Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.


Kalau ada tonsil


berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)


Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.


Merawat Eczema


Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:

Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari.
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.


Merawat Keletihan


Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment. Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam.


Hypertension


Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.


Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya Reneh atas api selama 5 minit, Tapiskan dan sejukkan. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah


Melegakan sengatan serangga berbisa



Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu. Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil


Menidurkan Insomnia


Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur. Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.

Menyelamatkan perut


Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam. Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut Selamat tinggal Varicose Vein!.

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.


Menghilangkan kesakitan


Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari. Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil.


Menghilangkan nafas berbau!


Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan. Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon. Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam.

Tips Mudah Turunkan Kolesterol


Tips Mudah Turunkan Kolesterol  | Kolesterol ni perkataan yang mudah adalah lemak . Semua orang boleh fham kalau kita sebut lemak dalam badan . Kolesterol dalam badan ni kalau dibiarkan lama bertepek dan bertingkek - tingkek akan jadi lemak tepu . Lemak tepu ni pula sangat degil nak terbakar walaupun korang berjogging 30 km sehari ... amik kau ... heh heh heh .

Tips Mudah Turunkan Kolesterol


Kelebihan Mengurut Tapak Kaki

Kelebihan Mengurut Tapak Kaki |Baru-baru INI tapak kaki sis rasa sakit . Kaki belah mana , sis pun tak perasan . Nak kata sakit tu macam mana secara tepat , sis tak tau . Rasanya nyeri sikit . Tapi memang tasa tak srlesa lah .

Tapak kaki kita ni kalau sakit , itu bermakna dalam badan kita ada penyakit . Apa yang sis buat , sis urut kaki tu setiap malam . Sementara masuk waktu isyak , sis urutlah tapak kaki tu ikut suka hati . Dah seharian kaki tu bergerak . Kena gak urut bagi lembut sikit ... Heh heh heh .


9 Perkara Yang Kita Lakukan Boleh Menyakitkan Badan


9 Perkara Yang Kita Lakukan Boleh Menyakitkan Badan | Hari ni dah masuk kerja semula . Maklumlah cuti hanya satu hari sahaja . Maka kemalasan pun melanda . Korang buat apa semalam ? Warga di rumah ini sibuk mengemas bilik ( my anak buah ler ) . My kakak beli kabinet yang kena pasang sendiri . Jadinya , satu hari dok kentang kentung lah bunyinya . My anak buah merungut keletihan . Sis lak letih mata tengok baju yang berlonggok dalam bakul tak bersidai . Oleh kerana sis seorang yang rajin sidai baju , moh le ambil kontrak ya ... heh heh heh .

9 Perkara Yang Kita Lakukan Boleh Menyakitkan Badan


Carah Mudah Turunkan Berat Badan 5kg Sebulan Tanpa Berlapar



Carah Mudah Turunkan Berat Badan 5kg Sebulan Tanpa Berlapar | Ramai orang gemok atau yang mengalami obesiti di luar sana berhajat untuk menurunkan berat badan . Bukan sekadar tujuan untuk cantik , turunkan berat badan ini juga adalah untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik . Tak ada sesiapa yang mahu mendapat pelbagai penyakit pada usia seawal 40-an kan . 

Carah Mudah Turunkan Berat Badan 5kg Sebulan Tanpa Berlapar

Kesalahan Yang Korang Selau Buat Bila Cuci Baju


Kesalahan Yang Korang Selau Buat Bila Cuci Baju | Mencuci baju di zaman sekarang ni mudah saja sebab dah ada mesin basuh baju . Cuma perlu ambil saja baju kotor yang berlonggok , sumbat dalam mesin basuh , masukkan sabun , tekan on . Tahulah mesin tu buat kerja . Senang kan . Kalau masih malas cuci baju juga , baik ko tak yah pakai baju ... heh heh heh .


Kesalahan Yang Korang Selau Buat Bila Cuci Baju


8 Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat


8 Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat | Korang sedang batuk ke sekarang ? Sis ni kadang kala batuk walaupun tak ada rasa gatal tekak terutama ketika sis tidur . Harap bukanlah ada masalah kesihatan dalaman . Lagi pun batuk tu sekejap je . Tinggikan / tambah bantal kat kepala , ok lah .


8 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat


Diet Mudah Ikut Jenis Darah


Diet Mudah Ikut Jenis Darah | Dah lebih seminggu kita menyambut syawal . Sudah tentu ramai yang berat badan naik mendadak ... ehem . Sis belum timbang lagi ya . Maklumlah , depan mata banyak benor yang sedap-sedap . Jadinya , melantaklah saja kan . Dah sebulan puasa , macam balas dendam bila makan ... heh heh heh .

Diet Mudah Ikut Jenis Darah

8 Tips Simple Sahur Untuk Kekal Bertenaga


8 Tips Simple Sahur Untuk Kekal Bertenaga | Dah dekat nak raya ni , mesti ramai yang dah tal ambil pusing pasal sahur . Tapi sebab dah nak dekat raya ni lah korang kena ada banyak tenaga sepanjang berpuasa . Nak tahu kenapa ? Supaya korang mampu untuk bershopping raya diwaktu rehat korang / tengahari ... meh meh meh .

8 Tips Simple Sahur Untuk Kekal Bertenaga


6 Tips Untuk Dapat Barakah Di Bulan Ramadhan


6 Tips Untuk Dapat Barakah Di Bulan Ramadhan | Hari ini kita sudah memasuki hari ke 18 Ramadhan . Semoga amalan kita sebelum ini mendapat barakah dariNya dan amalan pada hari seterusnya akan mendapat limpahan pahala berkali ganda dari Yang Maha Esa .


6 Tips Untuk Dapat Barakah Di Bulan Ramadhan

5 Tips Berpuasa Yang Menjadikan Kekal Bertenaga


5 Tips Berpuasa Yang Menjadikan Kekal Bertenaga | Kita sudah Hampir habis minggu ke-2 Ramadhan . My kakak kata , minggu depan dah boleh dengar lagu raya . Lagu raya ni sama lah macam biskut raya . Cuma sedap di dengar dan dimakan masa bulan puasa je . Bila dah masuk raya , korang akan dengar dan tengok tanpa perasaan sebab perasaan tu lebih kepada siapa yang lebih bergaya di hari raya ... heh heh heh .

5 Tips Berpuasa Yang Menjadikan Kekal Bertenaga


7 Jenis Senam Pulihkan Sakit Lutut


7 Jenis Senam Pulihkan Sakit Lutut | Kalau dulu , sakit lutu hanya dialami oleh orang tua yang dah masuk usia emas . Tapi sekarang , umur 50 tahun pun dah dapat sakit lutut . Jangan tanya sis apa sebabnya . Sis cuma boleh kata , itu ujian untuknya selain mungkin dia pernah alami kemalangan ataupun kuat bekerja .

7 Jenis Senam Pulihkan Sakit Lutut


Tips Mengurangkan Kedutan Dan Garis Halus Di Wajah


TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS HALUS DI WAJAHKedutan dan garis halus di wajah adalah masalah yang biasa dikaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat, kolagen dan elastin di bawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.

Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar.

Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekspresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka menurun dan mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.

Terdedah kepada cahaya matahari yang lama, merokok secara aktif atau pasif di samping faktor genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.


TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS HALUS DI WAJAH


3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol


3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol | Kolesterol jika tidak dikawal akan menyumbang kepada obesiti , sakit jantung dan penyakit lainnya . Tahukah anda bahawa orang kurus juga boleh ada kolesterol yang tinggi ? Kolesterol bukan sahaja terletak pada badan yang berisi tetapi juga di dalam darah . 


3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol

Tips Mudah Bersihkan Oven Yang Kotor


Tips Mudah Bersihkan Oven Yang Kotor | Kalau di dapur tak ada oven , rasanya macam kurang sesuatu kan . Ibarat patah tangan lah kalau nak membakar kek , biskut , pai , ikan , daging dan lainnya . Kalau bab kek , boleh je dikukus tapi kalau biskut , korang beli je dekat kedai kalau tak ada oven ... meh meh meh . 

 Tips Mudah Bersihkan Oven Yang Kotor


Kaedah Urutan Mengurangkan Kesakitan Kerana Tekanan


Kaedah Urutan Mengurangkan Kesakitan Kerana Tekanan | Tekanan yang dialami terutamanya tekanan yang mengakibatkan kesakitan pada anggota tubuh badan boleh dihilangkan melalui kaedah urutan . 

Kaedah Urutan Mengurangkan Kesakitan Kerana Tekanan


Antara Sebab Anda Gagal Mengorat


Antara Sebab Anda Gagal Mengorat | Kalau nak dapatkan orang yang korang suka , dah tentulah korang akan gunakan banyak cara . Ada yang suka senyum bila pandang orang tu . Ada yang sentiacari peluang bersembang dengan orang tu . Tu kalau satu tempat kerja , sama-sama belajar atau selu tunggu bas sama-sama .

Antara Sebab Anda Gagal Mengorat

Beberapa Cara Mudah Atasi Kelesuan


Beberapa Cara Mudah Atasi Kelesuan | Kelesuan selalunya akan membuatkan kita malas untk melakukan kerja . Kalau dah nak bergerak pun malas asyik dok nak melepak je , kena lak dapat sofa , memang terjun tiruk le jawapnya . Tapi kalau di pejabat , seksalah kan sebab kerja kena buat juga . Lagilah kalau kerja tu ada due date ... perghhh .


Beberapa Cara Mudah Atasi Kelesuan


Pelbagai Variasi Makan Malam Oat Untuk Diet


Pelbagai Variasi Makan Malam Oat Untuk Diet | Orang yang nekad berdiet bukan sekadar untuk kuruskan badan , malah juga untuk menjaga kesihatan , sanggup mencuba pelbagai cara dan resepi supaya azamnya menjadi kenyataan . Ada yang meninggalkan nasi dan menggantikannya dengan roti , ada yang hanya mengambil bubur nasi dan ada juga yang hanya makan sup sayur serta buah-buahan .

Pelbagai Variasi Makan Malam Oat Untuk Diet

Cara Mudah Untuk Jadikan Ruang Almari Lebih Luas


Cara Mudah Untuk Jadikan Ruang Almari Lebih Luas | Almari merupakan tempat yang paling diperlukan untuk menyimpan pelbagai jenis barang termasuk pakaian . Orang kampung sis panggil gerobok . Dah lama benor rasanya tak gunakan perkataan gerobok . Kalau dulu , simpan barang dalam gerobok tapi la ni dah simpan dalam kabinet . Fungsinya sama je cuma perkataan je lain .

Cara Mudah Untuk Jadikan Ruang Almari Lebih Luas