Cara Mudah Untuk Jadikan Ruang Almari Lebih Luas | Almari merupakan tempat yang paling diperlukan untuk menyimpan pelbagai jenis barang termasuk pakaian . Orang kampung sis panggil gerobok . Dah lama benor rasanya tak gunakan perkataan gerobok . Kalau dulu , simpan barang dalam gerobok tapi la ni dah simpan dalam kabinet . Fungsinya sama je cuma perkataan je lain .
Bila sebut simpan barang dalam almari ni , sis paling suka . Sis ni jenis yang bersistematik . Bagi sis kalau kita simpa barang mengikut pengkhususan dan dan diatur dengan bai , kita mudah nak mencarinya .
Contoh paling mudah bajulah . Baju ada banyak kategori iaitu baju untuk kerja , baju untuk majlis , baju untuk pakai dirumah dan baju untuk shopping / bersantai . Jadinya , simpan pakaian tersebut mengikut kategori . Jadinya bila kita nak pakai , kita tahu kat mana nak ambil .
Untuk jadikanruang almari lebih luas , mudah sebenarnya . Antaranya , ada pakaian yang perlu digantung , ada yang perlu dilipat dan ada yang perlu masuk kotak .
Ada banyak cara mudah jadikan ruang almari lebih luas sebenarnya . Kita cuma perlu fikir diluar kotak pemikiran selain kena kreatif dan rajin .
Mungkin bagi sesetengah orang , mereka tak kisah pun sebab ada satu baju tu yang boleh dipakai untuk pergi banyak tempat . Tapi bagi sis , kalau nak melenjan shopping pakai baju kurung , macam jemu lah pulak . Nak gak berfesyen dengan blaus kan ... meh meh meh .
GOBOK KALAU NK ISI BNYK PAKAIAN KENA RAJIN KEMAS KOT...
ReplyDeletesalam bahagaia. ya betul..susunan yg betul bukan saja memudahkan kita mencari tetapi juga nampak kemas dan hati pun seronok hihii
ReplyDeletesaya pon panggil gerobok dari kecik
ReplyDelete