Tips Mudah Turunkan Kolesterol


Tips Mudah Turunkan Kolesterol  | Kolesterol ni perkataan yang mudah adalah lemak . Semua orang boleh fham kalau kita sebut lemak dalam badan . Kolesterol dalam badan ni kalau dibiarkan lama bertepek dan bertingkek - tingkek akan jadi lemak tepu . Lemak tepu ni pula sangat degil nak terbakar walaupun korang berjogging 30 km sehari ... amik kau ... heh heh heh .

Tips Mudah Turunkan Kolesterol




5 Tips pemakanan sihat untuk turunkan paras kolesterol



Cara mudah menurunkan kolesterol dalam badan adalah melalui pengawalan pemakanan . Anda boleh cuba praktiskan didalam jadual pemakanan harian anda seperti berikut .
.

1. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan tinggi Likopen.

.
Makan sebanyak mungkin sayur-sayuran atau buah-buahan seperti cili merah, tomato, epal, lobak merah, buah delima, aprikot, tembikai, anggur dan berry. Buah-buahan dan sayuran jenis ini mengandungi Likopen. Buah atau sayuran yg mengandungi likopen adalah yg tinggi antioksidannya sekaligus bagus untuk menyingkirkan plaque kolestrol yg melekat pada salur darah.
.

2. Banyakkan makan kekacang berbanding kentang.

.
Makanan jenis kekacang juga sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol. Pilih kacang soya, kacang tanah, badam,dan kekacang lain kerana kekacang ini mengandungi Vitamin E dan minyak lemak sihat yg mampu menurunkan paras kolesterol anda. Tapi hindari makanan berasaskan kentang yg mana karbohidrat tinggi. Apatah lagi sekiranya kentang yg diproses menjadi makanan segera dan dicampur bersama perasa.

.
3. Makan bahagian ikan seperti salomon, tuna dan sardin.

.
Ikan mempunyai lemak sihat yang tinggi, Kajian telah membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak ‘Omega 3’ yang telah terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari. Omega 3 ini terbukti dapat menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Sediakan hidangan ikan 3-4kali seminggu bagus untuk menurunkan paras kolesterol anda. Yang pasti masakan anda bukanlah bergoreng yer!

.
4. Makan bawang putih 

.
Bawang putih telah digunakan sejak zaman dulu lagi sebagai antibodi semulajadi. Bawang putih juga digunakan untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandungi bahan aktif s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa bawang putih jika ditambahkan ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10% dalam 4 bulan pemakanan.

6 Sila komen:

  1. sy suka makan buah 😍 skrg, sdg bljr mkn sayur jenis buah mcm labu, tomato. kalau sayur daun macam sawi tu, x ber'geng' dengan tekak 😂 kacang pun sy suka makan. sesetengah org x suka mkn kacang sbb takut naik jerawat 😏 bawang putih? rmmm, x berkenan

    ReplyDelete
  2. Kalau ikutkan list makanan tu tak delah susah sangat nak makan. Semua tu pun faveret mak tu hihi...

    Yg masalahnya bila nampak makanan susah pulak nak controllah Vee

    ReplyDelete
  3. thanks for info..selalu juga amik tips2 ni..tp semangatnya sekejap je..huhu esok2 malas nak buat..haha

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing vee.. Blh jdkan rujukan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...