Resepi Roti Roll Sosej


Resepi Roti Roll Sosej | Roti ada pelbagai variasi . Bukan sekadar menjadi kretaif sahaja tapi juga tujuannya supaya dapat pelbagaikan resepi roti yang ada . Orang sekarang kan banyak selera . Persaingan pun banyak . Untuk menarik minat pembeli dan penggemar roti , maka perlulah pelbagaikan . Sosej pula adalah kegemaran anak-anak . Bila ada sosej , lajulah mereka makan .

Resepi Roti Roll Sosej



Resepi Roti Roll Sosej

Bahan-bahan :


500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)



Cara Membuatnya :


1- Satukan semua bahan. Kalau nak rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. 


2- Uli hingga lembut..saya uli dengan tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..tak larat nak uli je. 

3- Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 

4- Setelah doh naik..tumbuk2 doh. 

5- Dan bulat-bulatkan atau nak letak sosej ke..

6- rehatkan doh 30 minit..

7- sapu butter atau kuning telur..

8- bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.


Water roux




1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari. 

resipi isma maisara 

1 Sila komen:

  1. sedapnya, tapi setakat ni belum datang kerajinan nak buat hehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...