Tiramisu Cheesecake | Ada pelbagai variasi tiramisu . Ada tiramisu perasa koko , tiramisu perasa kopi dan sebagainya . Manakala cheese pula merupakan kegemaran dan citarasa masa kini . Apa pun resepi manisan juga masakan , banyak menggunakan cheese . Ini kerana cheese sekarang ini mudah untuk mendapatkannya dengan harga yang berpatutan .
Tiramisu Cheesecake
Bahan-bahan :-
250 gram Cheese (Jenama Tatura)
250 ml UHT Whipping Cream (Jenama Anchor)
1 bungkus biskut Ladyfingers (Savioardi Balocco)
1/4 cawan gula
1 mangkuk bancuhan Nescaffe 3 in 1/Coffee Mate
1 penutup esen vanilla
250 ml UHT Whipping Cream (Jenama Anchor)
1 bungkus biskut Ladyfingers (Savioardi Balocco)
1/4 cawan gula
1 mangkuk bancuhan Nescaffe 3 in 1/Coffee Mate
1 penutup esen vanilla
Sedikit jem strawberry/blueberry/orange (untuk hiasan)
* anda juga boleh gantikan biskut ladyfingers ni dengan sebarang jenis kek *
Cara-caranya :-
1. Masukkan cheese ke dalam bekas dan pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer.
2. Setelah sebati, masukkan gula dan esen vanilla. Sebatikan lagi.
3. Setelah itu, masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi dan dipukul sampai kembang, putih dan berkilat. Ketepikan dahulu.
4. Ambil biskut ladyfingers dan celupkan sedikit ke dalam bancuhan air nescaffe/coffee mate dan susun ke dalam bekas.
5. Sudukan atau tuangkan adunan cheese ke atas susunan biskut tadi. Selesai lapisan pertama buat untuk lapisan kedua pula dengan langkah yang sama sepertimana di atas.
6. Untuk hiasan anda boleh gunakan pelbagai idea or kreativiti anda sendiri untuk menghiasnya. Di sini saya hanya menggunakan jem strawberry untuk hiasan di atas cheese.
* lebih enak dimakan sejuk (disimpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam)
akak suka tiramisu, dapat buat bisnes kecil-kecilan dgn tiramisu ni
ReplyDelete