Kenapa Diet Gagal



ASSALAMUALAIKUM ...


Pernah tak korang fikir kenapa diet korang gagal ? Sebenarnya kalau korang nak dapatkan bentuk badan idaman , jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh mestilah dikurangkan atau dielakkan .

Kenapa Diet Gagal

Diet 



Korang selalu sebut perkataan diet . Apa itu diet ? Diet ni bahasa yang mudah , korang akan makan sikit untuk kuruskan badan , kekalkan badan yang kurus atau takut gemuk , makan sikit untuk kawal cara pemakanan juga untuk sembuhkan penyakit .


Kenapa Diet Gagal


Selalunya , korang yang nak berdiet dan amalkan diet ni memang gigih . Tetapi ada kalanya , walau gigih macam mana pun , berat korang tetap tak boleh berkurangan . Kenapa jadi macam tu ? Mungkin kat bawah ni adalah sebabnya .


1. Salah pilih makanan .



Bila korang makan , korang tak tahu berapa jumlah kandungan gizi untuk hidangan korang . Selepas ni korang kena la ambil hidangan yang rendah kandungan gizi dan tinggi kandungan serat .



2. Keadaan persekitaran yang tidak menyokong usaha korang 




Nak buat macam mana kalau hidangna pada waktu sarapan , lunch dan malam , enak - enak belaka . Ada lak pasar malam , gerai makan dekat dengan tempat kerja , pi jalan - jalan nampak lak gerai jual kuih muih ... emmm memang hampeh . Kuatkan semangat ... cayok cayok !



3. Faktor sosial 




Kebiasaan mak korang yang suka masak / sediakan kudapan yang tinggi kalori . Kawan serumah korang juga suka makan snek bila tonton tv . Meleleh air lur weyyyy ...



4. Lingkungan peribadi 




Tak boleh nak tahan diri daripada minum air manis dan  air bergas . Tak ambil breakfast akan sebabkan  korang rasa lapar . Bila lapar , korang akan makan apa saja sesedap rasa !



5. Tak ada disiplin .




Korang kurang motivasi . Tak de semangat yang tinggi . Hangat - hangat tahi ayam lah kata peribahasa !



Kesimpulan




Kalau nak diet korang berkesan dan berjaya , buatlah aktiviti yang boleh keluarkan peluh . Bila kat rumah tu tolonglah mak buat kerja - kerja rumah . Lelaki lak , tolonglah ayah bersihkan sekeliling rumah , berjogging / kat halaman rumah . Pastikan selepas buat semua aktiviti tuh , korang cuma minum air kosong dan makan sebuku roti / 2 keping roti sandwich berinti keju dan sayuran .










6 Sila komen:

  1. tetapkan hati teguhkan iman pasti apa saja yg terniat akn berkesan...

    ReplyDelete
  2. mind set tu penting... kalu mulut je ckp nk diet tp otak kt tmpt lain mmg x kn jd smpi bla2 ;-)

    ReplyDelete
  3. Saya le tu org yang selalu gagal dalam diet tu..hahaha..tak boleh blah, tengah diet, tiba2 ada jamuan..selalu pulak tu

    ReplyDelete
  4. Sukar la nak konsisten dalam diet nie ^^

    ReplyDelete
  5. HUHU..kena kerja keras lg utk turunkan berat bdn..maybe lya x bjaya sbb suka minum air manis n ais

    ReplyDelete
  6. Saya pun jenis hangat-hangat tahi ayam juga bab berdiet ni. Paling lama pun seminggu bertahan lepas tu merangkak-rangkak tekak Melayu nak nasi, kari dan yang sedap-sedap jerk *_*

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...