Tips Rehatkan Kaki Yang Letih


ASSALAMUALAIKUM ...

Selalunya kalau pi shoping atau holiday , kita memang lupa bab letih or penat . Yang kita ingat cuma exited jer . Maklumlah , bukan selalu pun dapat pergi kan . Orang perempuan lak , tak sah kalau tak pakai kasut tumit tinggi . Kalau tak 3 inci , 11/2 tu memang biasa lah . Lagi sakit kalau tapak dalam kasut tuh tak lembut . Adussss ... memang gantung kaki la bila balik umah . 


Tips Rehatkan Kaki Yang Letih





Tips Rehatkan Kaki Yang Letih


Bila dah selesai melenjan tu , bagilah peluang kaki kita berehat pula . Mesin kalau kena gasak memanjang pun akan jem juga kan . Ada caranya untuk rehatkan kaki ni . Kat bawah ni den ado sediakan tips yang korang boleh guna ... mungkin 

1. Rileks kan kaki


Angkat kaki korang sehingga paras 45 darjah . Lakukan selama 10 minit .

2. Rendam kaki


Masukkan 2 sudu garam Epson ( beli kat farmasi ) ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit . Selepas itu keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim .

3. Urut


Berurut dapat legakan sakit . Gunakan minyak urut , minyak bayi ,  lagi senang kalau sapu jer LOSYEN MUSTAJAB ( nora danish jadi jurucakap iklannya di tv ) . 

4. Gunakan air batu


Untuk elak kaki daripada membengkak , rawat guna air batu . Korang cuma perlu bungkus ketulan ais tu dengan kain , pas tu tekapkan kat tempat yang bengkak .

5. Senaman kaki 


Senang jer nak buat senaman nih . Korang cuma perlu tanggalkan kasut , letakkan tapak kaki di atas bola golf ( hah kan dah kena beli bola golf ) dan pusingkan tapak kaki beberapa kali . Atau paling senang , korang taburkan jer guli kat lantai tuh , pastu pi la kutip guna ibu jari kaki .


Selesa Dan Mudah


Bila kaki kita dapat berehat secukupnya , kita pun akan rasa lebih lega . Kalau nak tidur pun dapatlah tidur dengan selesa . Selebihnya , boleh lah juga lakukan kerja harian kita dengan mudah .






12 Sila komen:

  1. patut selalu tengok cerita baik katun ke tak katun ke, dorang suka rendam kaki dalam ice.... ini khasiatnya...

    ReplyDelete
  2. manarik pulak tips yg ke-5 tu... nak pi cari guli lah... nak kutip dengan ibu jari kaki... hehehe

    ReplyDelete
  3. waallaikumsalam
    dengan menjalankan tips diatas untuk merehatkan kaki yang lelah seharian berjalan tentu sangat bermanfaat bagi kesehatan kaki itu jua ya kak

    ReplyDelete
  4. saya ni memang capek kalau jalan2. sebab tu kasut saya takde heel, takde style. takpelah..hihi

    ReplyDelete
  5. biasanya cikgu2 mmg alam masalah letih kaki ni sbb tugas mrk berulang alik masuk kelas kdg terpaksa menaiki tangga bnyk kali bagi sekolah yg bnyak tingkatnya....setakat shoping sesekali walau lth masih ok lagi....tips yg bermenafaat ni.

    ReplyDelete
  6. rendam kaki mmg selalu nampak dlm cerita2.. kena letak garam ke, ingat garam yg wat masak tu ja

    ReplyDelete
  7. aha...boleh guna tips ni..kaki mmg dah bengkak ni..dah mcm org mengandung huhuhu

    ReplyDelete
  8. CT perlukan tips ni.. mmg kaki selalu sakit.. huhu..

    ReplyDelete
  9. terimakasih tipsnya mba sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...