Dah 11 Tahun !


Assalamuaaikum ...

Hari ini entry Vee ringkas je .
Entry tentang raikan birthday si Nabila .
Dari bulan Januari lagi dah dok mengira hari .
Mamanya buat dek je sebab tak pasti budget ada ke tidak .
Vee memang dah niat 
nak raikan setiap daripada mereka tahun ini .

Birthday Nabila ni senang nak ingat .
Nabila lahir pada 1 Februari bersamaan dengan 
* hari wilayah dan
* raya haji .
Maka setiap tahun dia akan sambut dua kali .
... rezeki dia lah memang kan .

Jom kita layan je gambar - gambar ni .

Nabila Dah 11 Tahun



Dah 11 Tahun !

Pertama kali buat nasi hujan panas .
Sama je rupanya dengan proses buat nasi minyak .
Bezanya , nasinya berwarna warni .
Cuma warna yang Vee bagi tak berapa banyak .
Jadi tak nampak sangat colorful nya .

My anak buah kata sedap .
Bila Vee rasa ... ermmm .
... kurang perasanya .

Tak pe la . 
Janji kilat mereka makan .



Dah 11 Tahun !

Ayam golek ini juga kali pertama Vee buat .
My kakak beli ayam masih belum terbarai isi perut .
mulanya dok panggil kakak .
Pastu fikir , tak kan lah nak belah perut pun tak tahu .
Dah sah spesis manja Vee ni kan .
Tetiba my kakak menjenguk dan berkata :

" isi perut belum keluarkan tu . "

" dah selamat dah . " 

selamb je den jawab sambil tunjuk isi yang dah dikeluarkan 
 ... heh heh .



Dah 11 Tahun !

Acar yang ringkas .
Terlupa nak masukkan udang kering .
Vee tak guna cuka .
Cuma perahkan beberapa biji limau kasturi .



Dah 11 Tahun !

Ini air kukusan ayam .
Vee tambah air buat sup .
Ambil satu mangkuk untuk makan .
Selebihnya masuk kat beras untuk buat nasi hujan panas .



Dah 11 Tahun !

Ini kek coklat nescafe moist .
Resepi ikut suka sendiri .
Kek kegemaran kami .
Anak buah request buat dua tingkat .

Seawal 9 pagi dah dok dapur sensorang .
My kakak dan bebudak tahu .
Kalau mak usu dok dapur jangan kacau .
Jadi semuanya buat sendiri .
Kukus ayam dah buat malam dah .
Jadi pagi tinggal bakar je .

Dalam pukul 12.30 tengahari baru siap masak hidangan tu .
Kek pulak , pukul 2 baru start buat .
Potong kek pukul 4 selepas mak usunya 
buat tak tahu je bila mereka dok merengek nak makan kek .
... hahahaaa ... 
saja je nak mengena kat anak buah .
Mereka sebenarnya dah teruja sangat nak makan kek dengan cream cheese .

Cuma Vee dan bebudak je celebrate ,
My kakak dan man in d house keluar ada urusan .
Tetap simpan sebahagian untuk mereka merasa juga .

p/s : malu nak tunjuk gambar kek sebenar sebab hiasan tak menjadi ... heh heh heh .


Selamat Hari Lahir Nabila ke 11 .







10 Sila komen:

  1. Bagus mak usu Vee..tengok anak2 saudara gembira, kita pun rasa seronok..

    ReplyDelete
  2. terliur sangat tengok nasi hujan panas dan ayam golek tu pagi2 ni..lapar ni..aduyai.. T__T

    ReplyDelete
  3. semua buat sendiri..power tu... hihi.. semua sedap2.. selamat hari lahir nabila :)

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI LAHIR NABILA...MOGA KELAK MMBESAR SBG ANAK SOLEH YG BRBAKTI SPT MAK USUNYA..

    ReplyDelete
  5. Happy belated 11th birthday, Nabila! Untung ada Mak Usu yang sporting, rajin mengingati dan buat something special macam ni. Tentu anak-anak buah suka sebenarnya dengan kehadiran Vee di rumah mereka :)

    ReplyDelete
  6. Rajinnya mak usu ko Nabila...sayang mak usu

    ReplyDelete
  7. Wah..cayalah mak usu! Untungla lelaki yang dapat kahwin ngan sis vee nanti. Kek tu mesti sedap walaupun hiasan x menjadi

    ReplyDelete
  8. Untung ada mak usu rajin masak tau. Anak buah pun kenyang hihi.....Kalau jawa cakap ayam tak berpotong tu engkongkan Vee... Dulu dulu kalau nak abg nak nikah mak mesti masak ayam sekor gitu buat kenduri...Fefeeling ayam Kenny Rogers sekor gitu hihi..
    Baru tanya Nabila umur bape , dah terjawab kat sini

    ReplyDelete
  9. woww..mkn besar tu....ayam golek mak usu tu nampak sedap..kecur liur

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...