Assalamualaikum ...
Kisah di hari Thaipusam .
Korang ada yang tak cuti ek .
Tak pe lah . Nak buek camno kan .
Orang KL cuti 4 hari terus .
Jalan pun lengang je .
Bebudak sibuklah memasak untuk makan malam .
Tetiba dengarlah si nabila ni menjerit - jerit memanggil kakaknya .
Si kakaknya selamba je tengok tv .
Si nabila tu dah meraung sungguh !
Maka dengan malasnya ,
my kakak pun jenguklah ke dapur .
my kakak pun jenguklah ke dapur .
Tragedi Sambal Belacan
Si nabila ni excited nak buat sambal belacan .
Jadinya , macam biasa lah .
Dia pun goreng cili tu .
Cili tu pun menari - nari dalam kuali .
Bila ada yng meletop , terkenalah percikkan kat matanya .
Apa lagi , menjeritlah dia sebab mata dah pedas !
Dalam kelam kabut tu ,
dia cuci muka dengan harapan kepedasan itu menghilang .
Maka , makin merebaklah kepedasan tu kat muka .
Maka , jadilah tragedi sambal belacan !
Petua Hilangkan Pedas Di Mata
My kakak gelak je bila tengok nabila dah berjoget .
Selamb je dia cakap ;
" nape cuci dengan air . makin merebak la pedas tu . "
Petua hilangkan pedas kat mata bila terkena cili ni mudah je .
Ambil rambut , gosokkanlah kat mata tu .
Sekejap je dah hilang .
Nasib baiklah rambut my kakak tu panjang .
Jadi bolehlah gunakan untuk sapu kat matanya .
Kesian ada lucu pun ada tengok nabila tu .
Sebab jantug pisang ni lah
si nabila tu bersemangat buat sambal belacan .
My anak buah semuanya suka dengan ulam jantung pisang ni .
Makanya , dalam list belanja dapur man in d house ,
selalunya adalah jantung pisang ni .
Selepas peristiwa tu ,
Nabila dah tak sudi lagi buat sambal belacan
atau tumbuk apa saja jenis sambal pun !
Tragedi sambal belacan di bulan februari...
ReplyDeleteTip menghilangkan kesakitan akibat terkena sambal ini belum pernah saya dengar, terima kasih! Kalau lelaki yg berambut pendek atau berkepala botak yg kena sambal susah juga. Kenalah minta tolong isteri, mak atau adik perempuanya yg berambut panjang utk menyapu matanya...
ReplyDeleteKESIAN NABILA..JANTUNG PISANG REBUS TU CICAH SAMBAL AIR ASAM JER...PICIT2 CILI PADI XYAH SUSAH2 DITUMBUK SEDAP JUGA...
ReplyDeleteoo..mcm tu petuanya..bagusnya kecik2 lagi dah makan ulam-ulaman..jantung pisang mmg sedap, masak lemak pun OK..
ReplyDeleteoooo bagus yer tips tu...julia pun selalu tumbuk sambal belacan...ambil rambut gosok je kan ek...hehehheheh lucu palk tp menjadi kan
ReplyDeleteAlahai, kesian kat Nabila! Mak Usu ni teruklah suka gelakkan aje :) Saya pun tak tahu petua nak hilang pedas kalau terkena mata dengan gosokkan rambut. Kena ingat ni!
ReplyDeleteKalau dulu rambut panjang senanglah tapi sekarang ni rambut dah pendek, tak sampai nak lap mata ler ...
laa..saya pun taktau petua nih..hahaha
ReplyDeleteOh x pernah tahu petua tu..Adoilah Nabila. Terus tak nak tumbuk sambal belacan lagi ke pasni?
ReplyDeleteJantung pisang memang sedaaaaap
Baru tau petua hilang cili tu gosok ngan rambut Vee...
ReplyDeleteNabila tu umur berapa Vee? Rajin dia menolong masak yer. . ....kira dah boleh haraplah tu..
Lama tak makan jantung hati tu vee....mengidam sudah!
Hoo baru ena tahu kalau kena cili kat mata tonyoh dengan rambut. Patut basuh dengan air tak mahu hilang pedas pedih semua la. hehehe
ReplyDeletejantung pisang...dh lama x mkn..sdap tu cicah sambal belacan...seronok lah hai ada nak buah yg rajin memasak nih
ReplyDelete