Kucing Bawa Rezeki


Assalamualaikum ...

Satu petang di suatu hari di tempat kerja ,
my kakak yang baru saja masuk kereta ,
dengar bunyi suara kucing mengeiow - ngeiow .
Maka mencarilah di mana dia berada .

Tak mungkin kucing itu berada dalam keta .
Kecuali kucing tu pandai buka pintu kereta !
Hanya kat satu tempat .
Korang agak kat mana ?

Maka my kakak cari di situ ,
Ya , memang di situ dia berada ...
... di tempat enjin 
dengan wajah comel serta bulu gebusnya !
maka senyum sampai telingalah my kakak .


Kucing Bawa Rezeki

Comel tak ?
Hai , nama saya Rosie .
My anak buah bagi nama flurry .
Suka den je nak panggil apa ...
... heh heh heh .
Masa ni baru sampai umah ,
dia masih dalam ketakutan .


Kucing Bawa Rezeki

Keluar dari kotak menghilangkan diri .
Di sinilah kami temui dia ...
Menyorok kat bawah my katil .
Sila abaikan props disekelilingnya ya .

My anak buah mandikan dia .
Dah bulunya bergumpal katanya .
Tapi sebenarnya , 
bulu rosie memang jenis tebal dan bergumpal .
Kali pertama dapat kucing bulu ni 
... maka kembang kencuplah hidung kita orang .
.... heh heh heh .


Kucing Bawa Rezeki

Rosie ni dok dalam my bilik .
Kat atas tu dia tidur kat bawah meja my lappy .
Tertidur lepas penat bermain dan mengacau den !
Aman sekejap my dunia .

Kedatangan rosie telah menggenapkan
 jumlah kucing kami sebanyak 10 ekor .
My kucing yang lain ada yang garang juga dengan rosie ni .
Tapi rosie ni buat tak heran 
dan dia buat macam dunia dia sendiri .
bermain memanjang dengan kami .

Mukadimah dah panjang lebar kan .
Moh den nak citer lak pasal tajuk kat atas tu
Kisah benar ya ...
Untuk direnungi bersama 

Kucing Bawa Rezeki 


Satu hari di hari raya ,
Dalam perjalanan balik ke KL ,
singgah berlebaran di rumah adik abang ipar aka my biras .
Kedatangan kami disambut oleh beberapa ekor kucing .
Beberapa tu banyak ya kengkawan .
Kucing - kucing tu cuma dok di luar pagar saja .

Maka kami yang suka kucing ni pun beramah mesra lah dengan kucing - kucing tu .
Tuan rumah pun keluar membuka pagar .
Lancarnya dia bercerita tentang kucing - kucing itu .

Kucing itu bukan milik dia .
Kucing itu kucing jalanan .
Kenapa lak dok situ kan .
Dah macam tak de tempat lain mereka nak melepak .

Kucing Bawa Rezeki



Maka cerita pun bermula . Katanya , setiap pagi jam 6 , beliau balik dari pasar dengan barangan basah untuk warungnya . Si kucing - kucing ini akan menyambut beliau di pintu kereta . Mengeiow - ngeiow meminta makanan .
Bermula dari situ , setiap pagi beliau akan peruntukkan sekurang - kurangnya sekilo ikan untuk memberi kucing - kucing itu makan .
Mungkin ... mungkin berkat keikhlasan dia memberi kucing - kucing itu makan , rezeki warungnya tidak pernah putus . pada ketika itu my kakak kata pendapatan bersih dia lebih kurang RM 300 sehari . Sekarang , tak tahu lak berapa .
Dia buka warung bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari sahaja . Hanya menjual makanan yang ringkas seperti mee goreng , nasi goreng . Dia juga sudah ada pelanggan tetap .
Dengan hanya hasil jualan di warung itu , dia telah dapat membeli rumah teres 2 tingkat . Dapat melakukan penambahan dari depan kebelakang rumah . Pergi menunaikan haji pada usia awal 40-an dan kini memiliki kereta import . Orang keja gomen pun telan air liur nak drive kereta camtu ! Malah dia menjadi ' bank ' kepada adik beradiknya yang memerlukan bantuan .


Maka benarlah bagai dikata ...
Kucing datang bawa rezeki .

Jadinya kalau boleh ,
bila dah ambil kucing , 
janganlah dibuang hanya kerana  masalah perangai kucing .
Kita sebagai manusia yang boleh berfikir ,
lakukan sesuatu untuk atasi masalah kucing tu .
Vee kata macam ni sebab 
vee dah merasa bela kucing yang macam - macam perangai .
Alhamdulillah , boleh je settle .

Kalau tak sabar dengan kerenah kucing ,
jangan bela kucing .
Jadi taklah mendera mereka kan .
Kerana kucing makhluk Allah juga .
Malah binatang kesayangan Rasulullah !


Salam Isnin semua ...








15 Sila komen:

  1. suka kucing tp so far lom mampu nk jaga sbb selalu x de kat umah...

    ReplyDelete
  2. Semalam baca berita seekor kucing yg telah dua kali menyelamatkan rumah tuannya dari ditimpa musibah. Minggu lepas kucing itu mengiau apabila ternampak seekor tedung selar sepanjang 2 meter dalam rumah. Beberapa hari lepas seekor lagi tedung selar sepanjang 3 meter masuk rumah dan kucing yg sama sekali lagi mengiau kuat memberitahu kedatangan tetamu tak diundang dalam rumah. Mujurlah kedua-dua ular tedung itu berjaya ditangkap oleh JPAM. Terima kasih kucing!

    ReplyDelete
  3. Cute la rosie tu... Kucing nie memang pembawa rezeki, kita boleh rasa sendiri bila kita buat baik dengan kucing-kucing nie ^^

    ReplyDelete
  4. Betul tu, kucing haiwan kesayangan nabi....kalau tak suka n tak mampu nak bela, jangan mendera atau mengabaikan mereka....

    Bebaskan mereka atau beri kepada yang sayangkan mereka...

    ReplyDelete
  5. melawat sini lagi.. tengok kucing

    ReplyDelete
  6. baik hati vee pelihara kucing,,, semoga rezeki melimpah ruah dan berpanjangan,, kalau duduk kampung mmg seronaok bela kucing,, rumah yg bertingkat klu bela kucing nanti kena nyaya je kucing tu sebab org keliling tak suka,,

    ReplyDelete
  7. Comey... bulu pom cntik.. lya pom byk bela kcing kt rmh. Smua kcing jlanan n kcing sesat y bela..

    Y pasti time kt sedih, kucing seakan memahami n dpt mghiburkan hati kt

    ReplyDelete
  8. mmg betul tu..jika kta bela kucing or beri kucing mkn rezeki tak berkurang in sha Allah

    ReplyDelete
  9. Saya memang tak bela kucing sebab saya ni penggeli pada semua jenis haiwan senang cerita.

    ReplyDelete
  10. ya saya setuju sgt..Alhamdulillah setelah membela kucing aku dapat rasa rezeki kami suami isteri makin bertmbh, kami x pernah plan nk bela kucing pada awalnya, bermula dgn seekor yg tumpang beranak diluar rumah kini telah membiak sehingga 6 ekor,aku bekerja sbg pegawai bank secara kontrak di kuala lumpur manakala isteri tenaga pengajar di ipta melaka,.walaupun kami agak senang ttp kadangkala tersepit jgk almaklumlah kami tggal berasingan sorg di melaka sorg di kl, sdh tentu memerlukan kos yg tggi tmbhan plak dgn status peg bank kontrak..alhamdulillah setelah hmpir 2 tahun sbg peg kontrak aku akhirnya dapat permanent staff n isteri plak dinaikkan pangkt sebagai pensyarah kanan, syukur padamu Ya Allah..kami percaya rezeki ini dari Allah yg pernah mungkir pd hambanya yg sentiasa bersyukur dan berusaha..mungkin jg barangkali dgn kehadiran kucing ni telah membuka pintu rezeki tanpa kita sedar, dgn kehadiran kucing2 ni sekurang2 menjadi teman didalam kesunyian maklumlah kami blum lg dikurniakan zuriat..insyaAllah dia maha mendengar..kami dapat rasa rezeki kami makin bertambh..nasihat saya kpd mereka diluar sana berbuat baiklah kepada makhluk Allah ini. kehdiran mereka bkanlah untk dihidangkan dgn makanan yg mahal hnya sekadar mengisi perut dr sisa2 makanan shj..

    ReplyDelete
  11. betul tu setuju sgt, semakin murah rezeki kami.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...