7 Tips Mudah Pikat Suami Paling Win | Kenapalah sis suka sangat kongsi dengan korang tips pikat pasangan ya ... ermmm ... walaupun sis masih bujang , bagi sis , memikat pasangan ni tak kira lah suami ke isteri ke kena selalu dilakukan walaupun dah bercicit . Sebab apa , sebab itu adalah keindahan dalam percintaan suami isteri dalam hubungan yang halal .
Home / Kisah Kehidupan
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts
3 Ibu Super Kongsi Pengalaman Meneruskan Khidupan
3 Ibu Super Kongsi Pengalaman | Membesarkan anak-anak sambil bekerja / berniaga bukanlah satu perkara yang mudah . Ianya lagi sukar jika pekerjaan / perniagaan itu perlu dilakukan demi sebuah kehidupan yang lebih baik . Korang perlukan iltizam ,semangat yang kental tanpa kenal putus asa .
Cool Je
Assalamualaikum ...
16 Mei adalah hari guru .
Selamat Hari Guru pada blogger yang bekerja sebagai guru .
My anak buah dah semangat je nak sambut hari guru
pada Isnin ni .
Tahun sebelum ni ,
masing - masing ada sediakan hadiah untuk gurunya .
Tahun ni mcam sepi je .
Nak usunya malas pulak nak tanya .
Anak korang macam mana ?
Selama my kakak jadi guru ,
banyak cerita menarik dia kongsikan dengan den .
Ada kisah sedih , gembira , kelakar dan bikin panas hati !
Tapi kisah ni den tak tau nak masuk kategori mana ...
Kisah bermula bila my kakak sedang mengajar
tiba - tiba terpandang seorang pelajar .
Pelajar ni asyik tunduk sahaja .
Jadinya my kakak pun rasa peliklah .
Maka dia pun menuju ke meja pelajar tu .
Jeng , jeng , jeng ...
my kakak pun bertanya :
" ko kenapa? "
budak tu tunduk je membisu .
Muka pun tegang je .
tiba - tiba my kakak terpandang ...
" aku nampak ' angry birdnya ' angry ! ?
korang faham ke idak ?
my kakak cool je .
buat - buat tak nampak je .
tapi my kakak pelik macam mana keadaan tu boleh terjadi .
amoi kat sebelah dok molek je .
tetiba para pelajar kat sekeliling budak tu ketawa .
... ahhh sudah .
selamba je my kakak kata :
" kenapa ketawa ? "
" baju saya tak betul ke ? baju saya koyak ke ? "
my kakak buat lawak
sambil buat aksi belek bajunya
sambil buat aksi belek bajunya
sambil berlalu pergi dengan selamba .
pastu terus je mengajar macam biasa .
budak tu yang dah termalu ,
terus je mintak ke tandas .
tak lama lepas tu , loceng pun berbunyi .
maka legelah my kakak ...
Kalau korang jadi cikgu ,
apa agaknya korang akan buat ya .
Sampai kat bilik
my kakak masih dok fikir
macam mana perkara tu boleh terjadi .
Dia pelik sebab budak tu budak pandai .
Kalau den dah tak kuasa nak fikir .
Tapi bagi den , itu perkara biasa bagi remaja .
Korang bayangkan kalau bebudak tu bawa hanfone ke sekolah ,
kan dah jadi viral kat facebook !
Banyak sebenarnya hikmah
tak dibenarkan bawa henfone ke sekolah ni .
Dulu pernah terjadi juga perkara macam tu kat my anak buah .
Masa tu cuti raya lah .
Matahari dah tinggi tapi masih berkain palikat .
Pastu mak mereka berbisik le kan pada kami .
... tak ada rahsia beb ... heh heh heh .
Tapi my anak buah tu malulah kan .
Kami makcik - makcik ni selamba je pi usik - usik
... heh heh heh .
Ibu Sanggp Masuk Neraka ?
Assalmualaikum ...
Hari ini hari ibu .
Ibu adalah segalanya .
Ibu sanggup berkorban apa saja .
Sempena hari ibu ini ,
Den nak ceritakan satu kisah benar .
Kisah yang my kakak ceritakan .
Kisah berlaku pada A .
A meluahkan perasaannya pada B
B menceritakan kepada my kakak .
Kisah ini den dah ceritakan dalam blog lama .
Tapi blog itu sudah den gantung .
Maka den ceritakan semula di sini ...
Cerita bermula bila si anak yang belajar di MRSM
di hantar membuat A level
kat sekolah ANTARABANGSA
sebelum melanjutkan pengajian di LUAR NEGARA .
Si ibu dan ayah sangat berbangga dengan kecerdikan anaknya .
Anak muslimah sejati yang sangat patuh pada agama dan ibubapanya .
Cuti semester pun tiba .
Si anak pulang ke rumah ibubapanya .
Maka terkejutlah si mama dan papa bila lihat anaknya memakai mini skirt di atas peha .
Bajunya ... pembaca fikirlah sendiri .
Si ibu bertanya ; " kenapa pakai camni ? "
Si anak menjawab ; " International school ni bebas bersosial . Pelajar lelaki bebas keluar masuk ke asrama perempuan .
Pakai macam ni dah biasa . "
Si ibu mula curiga .
Maka dia bertanya dari hati ker hati sebagai PEREMPUAN ;
Si ibu bertanya ; " Ada boy friend tak ? "
Si anak menjawab ; " ada . "
Si ibu bertanya lagi ; " Bangsa apa ? "
Si anak menjawab ; " India . "
Si ibu terus bertanya ; " Ada buat hubungan seks ? "
Si anak selamba menjawab ; " Dah . Selalu . "
Tersentap si ibu .
Bagai mahu terhenti jantungnya ketika itu .
Maka si ibu berbincang dengan si bapa .
Apa yang harus dilakukan terhadap anaknya ini ?
Setelah mencapai kata sepakat bersama bapanya ,
si ibu nekad berkata pada anaknya :
" pakailah kondom .
Jangan sampai mengandung ! "
Ibu bapanya hanya pentingkan pelajarannya .
Ibunya hanya mahu anaknya belajar di oversea .
Yang lain , bisa diatur ...
Bila Vee fikirkan , maka betullah ,
KASIH IBU , BERKORBAN APA SAJA ...
Walaupun DI SANA nanti
terpaksa menanggung dosa anaknya .
Walaupun kaki itu sukar menghala ke SYURGA !
Korang ramai yang dah jadi emak kan ?
Rasanya korang berani tak nak berkorban
tahap membelakangkan agama
demi ANAK ?
Jadi ibu yang sanggup masuk NERAKA demi ANAK ?
Bagi den ,
banyak lagi cara nak atasi perangai anak yang macam ni .
Yang penting ,
jangan mengabaikan larangan Allah .
Musibah pasti ada ...
Semoga ibuku sihat di sana ...
Kucing Bawa Rezeki
Assalamualaikum ...
Satu petang di suatu hari di tempat kerja ,
my kakak yang baru saja masuk kereta ,
dengar bunyi suara kucing mengeiow - ngeiow .
Maka mencarilah di mana dia berada .
Tak mungkin kucing itu berada dalam keta .
Kecuali kucing tu pandai buka pintu kereta !
Hanya kat satu tempat .
Korang agak kat mana ?
Maka my kakak cari di situ ,
Ya , memang di situ dia berada ...
... di tempat enjin
dengan wajah comel serta bulu gebusnya !
maka senyum sampai telingalah my kakak .
dengan wajah comel serta bulu gebusnya !
maka senyum sampai telingalah my kakak .
Comel tak ?
Hai , nama saya Rosie .
My anak buah bagi nama flurry .
Suka den je nak panggil apa ...
... heh heh heh .
Masa ni baru sampai umah ,
dia masih dalam ketakutan .
Keluar dari kotak menghilangkan diri .
Di sinilah kami temui dia ...
Menyorok kat bawah my katil .
Sila abaikan props disekelilingnya ya .
My anak buah mandikan dia .
Dah bulunya bergumpal katanya .
Tapi sebenarnya ,
bulu rosie memang jenis tebal dan bergumpal .
Kali pertama dapat kucing bulu ni
... maka kembang kencuplah hidung kita orang .
.... heh heh heh .
Rosie ni dok dalam my bilik .
Kat atas tu dia tidur kat bawah meja my lappy .
Tertidur lepas penat bermain dan mengacau den !
Aman sekejap my dunia .
Kedatangan rosie telah menggenapkan
jumlah kucing kami sebanyak 10 ekor .
My kucing yang lain ada yang garang juga dengan rosie ni .
Tapi rosie ni buat tak heran
dan dia buat macam dunia dia sendiri .
bermain memanjang dengan kami .
Mukadimah dah panjang lebar kan .
Moh den nak citer lak pasal tajuk kat atas tu
Kisah benar ya ...
Untuk direnungi bersama
Kucing Bawa Rezeki
Satu hari di hari raya ,
Dalam perjalanan balik ke KL ,
singgah berlebaran di rumah adik abang ipar aka my biras .
Kedatangan kami disambut oleh beberapa ekor kucing .
Beberapa tu banyak ya kengkawan .
Kucing - kucing tu cuma dok di luar pagar saja .
Maka kami yang suka kucing ni pun beramah mesra lah dengan kucing - kucing tu .
Tuan rumah pun keluar membuka pagar .
Lancarnya dia bercerita tentang kucing - kucing itu .
Kucing itu bukan milik dia .
Kucing itu kucing jalanan .
Kenapa lak dok situ kan .
Dah macam tak de tempat lain mereka nak melepak .
Maka cerita pun bermula . Katanya , setiap pagi jam 6 , beliau balik dari pasar dengan barangan basah untuk warungnya . Si kucing - kucing ini akan menyambut beliau di pintu kereta . Mengeiow - ngeiow meminta makanan .Bermula dari situ , setiap pagi beliau akan peruntukkan sekurang - kurangnya sekilo ikan untuk memberi kucing - kucing itu makan .Mungkin ... mungkin berkat keikhlasan dia memberi kucing - kucing itu makan , rezeki warungnya tidak pernah putus . pada ketika itu my kakak kata pendapatan bersih dia lebih kurang RM 300 sehari . Sekarang , tak tahu lak berapa .Dia buka warung bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari sahaja . Hanya menjual makanan yang ringkas seperti mee goreng , nasi goreng . Dia juga sudah ada pelanggan tetap .Dengan hanya hasil jualan di warung itu , dia telah dapat membeli rumah teres 2 tingkat . Dapat melakukan penambahan dari depan kebelakang rumah . Pergi menunaikan haji pada usia awal 40-an dan kini memiliki kereta import . Orang keja gomen pun telan air liur nak drive kereta camtu ! Malah dia menjadi ' bank ' kepada adik beradiknya yang memerlukan bantuan .
Maka benarlah bagai dikata ...
Kucing datang bawa rezeki .
Jadinya kalau boleh ,
bila dah ambil kucing ,
janganlah dibuang hanya kerana masalah perangai kucing .
Kita sebagai manusia yang boleh berfikir ,
lakukan sesuatu untuk atasi masalah kucing tu .
Vee kata macam ni sebab
vee dah merasa bela kucing yang macam - macam perangai .
Alhamdulillah , boleh je settle .
Kalau tak sabar dengan kerenah kucing ,
jangan bela kucing .
Jadi taklah mendera mereka kan .
Kerana kucing makhluk Allah juga .
Malah binatang kesayangan Rasulullah !
Salam Isnin semua ...
Awat Kalut Lagu Tu
Assalamualaikum ...
Sebelum sampai rumah , singgah la kat Mydin .
Hajat asal cuma nak temankan my kakak
beli makanan untuk si gebus je .
Gebus ni my kakak ambik kat sekolah .
Next entrylah vee citer .
Sementara menunggu my kakak cari barang ,
layan lah si nabila dan si abang ni dok membelek barang .
Si nabila ni nak membeli untuk kakaknya .
Lepas tu , mak usunya terjebak sekali .
Kat sini ada lak citer kelakar .
Masa nak membayar tu ,
vee keluarkan rm 10 .
Dalam terkial - kial nak menambah lagi rm 8
cashier tu dah pulangkan baki rm 2.10
untuk harga barang rm 17.90 .
Pastu selamba je ambil baki tu dan pergi .
Dalam kereta baru terfikir
kenapa lak ambil rm2 tu ?
Baki vee cuma 10 sen je .
Maka pusing balik ke Mydin ,
pulangkan rm 2 tu kat cashier .
Sambil tunjuk resit jumlah bayaran rm20
untuk barang rm17.90
sedangkan vee bayar cuma rm 18 jer .
Dah memang duit dia kan .
Tak kan nak makan duit haram lak .
Awat kalut lagu tu !
Kat Maydin masa tu pun cuma ada
vee dan my kakak serta anak buah je .
kalau den ni cantik cam siti nurhaliza ,
... wajiblah mu kalut lagu tu !
... heh heh heh .
tetiba terperasan lak ...
Patutlah budak perempuan kat sebelah dia pi gelak .
Dah perasan salah kira tu , ajarlah dia dik ya !
Next time bro .
ambil dulu duit dari pelanggan barulah keluarkan resit .
Janganlah keluarkan resit dulu baru ambil duit .
Kan dah jadi kalut !
Mydin Putra Walk ni memang baru dibuka .
Maknanya , bro tu pun baru lah jadi cashier .
Kalau bos dia tahu ,
boleh dapat warning tu .
Lepas ni jangan buat lagi ya bro ...
Cantik Kerana Suami
Assalamualaikum ...
Minggu lepas my kakak banyak dapat pemberian .
Pemberian berupa pakaian terpakai dari kawan - kawannya .
Suka lah my anak buah ,
dapat tudung yang cantik - cantik juga pakaian
untuk di pakai di rumah .
untuk di pakai di rumah .
Malah banyak juga bahan baju yang belum terusik.
Lebih dari cukup untuk dibuat baju raya .
Ketika sedang membelek - belek pakaian itu
my kakak bercerita ...
Cantik Kerana Suami
Salah seorang pemberi pakaian itu
seorang yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen .
seorang yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen .
Maknanya pakaian yang dipakai sentiasa ikut trend semasa .
Kalau dah habis trend ,
dia akan sedekah pakaian tu kat siapa saja
walaupun pakaian / tudung tersebut masih cantik dan baru .
Dia bukan membazir .
Tapi ada sebab kenapa dia buat begitu .
Semasa kecil , dia melihat ibu bapanya selalu bergaduh .
Bergaduh kerana bapanya ada wanita lain .
Alasan bapanya kerana ibunya sudah gemuk ,
sudah tidak cantik lagi .
sudah tidak cantik lagi .
Selepas dia bersalin ,
suaminya juga mengatakan dia gemuk .
Kerana tidak mahu menjadi seperti ibunya ,
dia nekad untuk menjadi cantik
... cantik kerana suami !
Bermula dari hari itu ,
dia mula mengikuti perkembangan fesyen .
Berfesyen tak kira di rumah juga di luar .
Dia juga berhabis duit gaji untuk kecantikan badan dan wajah .
Kesannya memang berbaloi .
Hingga saat ini ,
suaminya suka dengan apa yang dia lakukan .
Itulah hakikat hidup berumahtangga .
Mungkin suami korang tak kisah
korang macam mana selepas berkahwin .
Tapi realitinya ,
memang ada suami yang mahu isteri sentiasa cantik .
Sentiasa menjaga penampilan dan bergaya .
Bagi isteri yang dah melahirkan anak banyak kali ,
itu adalah cabaran yang bukan mudah .
Kalau sayang suami dan rumahtangga ,
memang kena akur .
Menjadi pengajaran kepada vee yang masih bujang .
Tak tahulah boleh buat ke tidak .
Bab berfesyen tu , tak ada masalah .
Tapi bab nak maintain badan tu ,
sampai masa baru fikir kot .
Sekarang ni badan memang kurus je .
Dari kecik sampai la ni , maintain je .
Bila ada suami , tak tahu lah kan .
Kata orang hormon berubah .
Selalunya perempuan ni
lebih risaukan wajah yang makin banyak kedut ,
Sebab tu pantang je ada orang kata produk tu berkesan ,
terus je beli walaupun tak tahu
kat muka sendiri sesuai ke idak kan .
kat muka sendiri sesuai ke idak kan .
Yang penting boleh nampak cantik
dan berseri serta awet muda
dan berseri serta awet muda
macam model produk tu .
Hakikatnya model tu kulit cantik sebab masih muda
dan guna produk lain yang lebih mahal
... heh heh heh .
Vee sebenarnya lebih suka dengan amalan orang dulu - dulu
dalam bab jaga seri wajah ni .
Mereka amalkan makan jamu .
Jamu mereka , mereka buat sendiri .
Rasanya orang sekarang tak tahu doh nak buat jamu sendiri .
Sebab yang segera dah ada di pasaran kan .
Tapi kan , macam tak adil je la
kalu nak kata isteri tak tahu jaga badan saja kan .
Suami pun kenalah pandai juga menjaga rumahtangga .
Kalau nak isteri cantik dan bergaya , kenalah hulur RM
sebab itu adalah sebahagian dari nafkah kepada isteri .
... heh heh heh .
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)








