Assalamualaikum ...
Bila sebut je kuey teow ,
yang ada kat otak korang mestilah mee teow goreng kan .
Dah mee teow goreng tu kan feveret ramai orang .
Malah ada yang sanggup jadi food hunter kuey teow goreng tau !
Vee tak berapa suka kuey teow goreng .
Sebab selalunya berminyak .
Kan kuey teow tu dah ada minyak .
Bila digoreng , jadi berlinanganlah dengan minyak kan .
tu yg jadi hilang terus selera bila tengok kuey teow goreng .
Tapi , vee suka kuey teow ni dimasak sup
atau apa sahaja masakan yang berkuah
temasuklah tom yam .
Kalau diberi pilihan suruh pilih mee jenis apa
untuk sup dan tom yam ,
vee memang pilih kuey teow .
dah tak pandang dah mee kuning tu .
Kerana ... kerana ... kerana ...
kuey teow akan jadi lembut bila bertemu dengan air .
jadinya , bila ada kat dalam mulut tu ,
mudah je mengunyahnya .
rasa bahagia je gitu ...
... heh heh heh .
Arwah abah pun suka dengan kuey teow sup.
Tu sebab anak bungsunya ini terikut sekali .
Ini kuey teow sup yang vee buat pagi tadi .
Ekspress je sebab dah lapar .
Sup Merah Kuey Teow
Vee cuma masukkan
air , minyak cili , bawang putih diketuk .
Bila dah mendidih ,
masukkan kuey teow dan telur .
Bila telur dah masak ,
masukkan garam, lada sulah dan sedikit sos tiram ,
kacau sebati .
Pastu tuang ke dalam mangkuk
yang ada taugeh .
Alkisahnya masak nasi dari pagi .
Bila time lapar nak makan ,
semangat je pi dapur .
Bila tengok rice cooker ,
... alhamdulillah , tak tekan cook rupanya .
dema cuma keep warm je dalam rice cooker .
... jangan gelak , jangan gelak .
malang pak kaduk le jadinya ...
huhuhuuuu .
Nasib baik lupe tekan cook.. Kalu beras pon tak masuk lagi haru... He He He..
ReplyDeletediantara mee, bihun & kuey teow, samalah kita..suka kuey teow lagi..
ReplyDeletechar kuey teow..the best!!
SEDAP KUETEOW SUP NI...MUDA2 LAGI DH LUPA YA...SABAR AJELH NASI MSK JG WLAU LMBT SKT..
ReplyDeletebiasa masa koey tee goreng je so leh try buat sup lak lepas nih
ReplyDeleteSaya apaun suka tentang kuey tiow ni..janji sodap..hihi
ReplyDeleteAduhai... nak gelak ni! Kena minta izin dulu ke apa?
ReplyDeleteSaya tak berapa suka kuey teow tapi kalau sesekali dapat keuy teow kerang, memang terasa haven *_*