Assalamalaikum ...
Den orang Jawa .
Membesar dalam masyarakat jawa
yang pekat bahasa jawanya
dan menjadi bahasa rasmi seharian .
Tapi , sepanjang membesar di kampung,
den tak pernah dengar my bonda sebut tentang
MEE REBUS JAWA !
apatah lagi my bonda menghasilkan mee rebus jawa
untuk santapan kami sekeluarga !
... hah , macam mana tu ?
Satu hari tu pergi kedai makan .
Tengok menu , ada mee rebus jawa .
... MEE REBUS JAWA ?
Bermula dari hari itu ,
den mula meneroka mee rebus jawa .
... rasa sama je dengan mee rebus biasa !
... bunyi tak puas hati tu .
Ini prencah segera mee rebus jawa .
My kakak beli di Petronas , kalau tak silap .
Ni lah jadinya kalau lama sangat perap .
Otak pun jadi pekasam nak ingat semula .
Den terlupa lak nak snap resepi dibelakang paket tu .
Maka bermulalah pencarian tentang resepi mee rebus jawa .
Maklumlah , tak tengok pun my kakak buat.
Bila dah masak , terus bedal .
Amik gambar pun idak juga .
Ini imej mee rebus jawa
made in Indon
yang den copycat dari mr google.
Kelainannya pada keledek.
Kalau buat mee rebus , selalunya kami guna kentang je.
Dan ada serbuk kari.
Mee rebus biasa ada kari ke?
Resepi kami tak ada kari .
Tetiba rasa tak puas hati lak .
Sebab apa ?
sebab ada rempah kari yang dah tentu milik India bukan Jawa !
Tak taulah sapa punya idea cipta mee rebus jawa ni
tapi ada ciri-ciri mamak pula .
Berbeza dengan sambal jawa yang hanya guna santan .
barulah ori kan ...
... ermmm .
Orang lain tak ambil tahu pun pasal mee rebus jawa ni .
Den je yang sibuk melenting tak tentu pasal kan .
Suka hati den je nak merapu malanm ni .
... heh heh heh .
Salam malam jumaat geng ...
lain pesen pula mee rebus jawa ya..mee rebus selalu juga dibuat...tapi mee rebus jawa xtau nk buat.
ReplyDeletePetronas mn tu?
ReplyDeleteSama macam mee bandung dan sirap bandung tak ada kat Bandung... He He He...
ReplyDeletekalau sis JM buat mmg letak rempah kari sikit
ReplyDeleteakak buat mee rebus pun mmg tak letak rempah kari, tapi ubi keledek tu mmg wajib..
ReplyDeleteMasa isteri saya pergi Bandung dulu dia cuba cari mee jawa dan mee bandung di Bandung, tapi tak jumpa. Orang Bandung pun tak pernah dengar mee bandung dan mee jawa, hehehehe...
ReplyDeletesedap....
ReplyDeleteSalam mbakyu seng ayu muwi. Hee mugo2 diparengi apik ;)
ReplyDeleteAdoi, kenapa mentioned sambal jawa? Kan dah terkempunan, terliur nak makan! Ikan bilis hitam buat sambal jawa sedapnya!
ReplyDeleteAgain, mi rebus ni pun saya tak berapa berkenan sama ada guna kentang mahupun guna keledek. Rasa manis-manisnya tu buat saya hilang selera. Tak pernah pun dok ligat berfikir mi rebus ni betul asal orang Jawa ke atau apa!